Article
4 Platform Alternatif Untuk Buat Jualan Online Dengan Efektif
3 Sep 2021
Min Read

Mungkin ada antara anda yang tengah hold sekejap projek bisnes e-Commerce atas sebab-sebab tertentu.

Maybe anda masih belum jelas dengan bisnes model eCommerce Dropship ni.

Atau maybe anda ada kekangan modal atau masa untuk belajar setup benda-benda teknikal ni semua.

credit this awesome article to Hafiz Azman

 

Maybe andaian saya salah. Saya teka je. But if itu jadi penghalang anda untuk buat jualan online dengan baik, then ini artikel untuk anda. Sebab saya nak share dekat anda 4 platform jualan alternatif yang anda boleh gunakan untuk buat jualan online dengan pantas dan efektif.

 

Explore Platform Jualan Alternatif Untuk Bisnes Online Anda!

 

Platform jualan adalah salah satu komponen kritikal dalam bisnes online. Ia bukan sahaja memudahkan anda sebagai peniaga, malah pada bakal pelanggan juga.

 

article

 

Ada banyak je platform yang anda boleh buat jualan online. Dan setiap platform ada features dan kelebihan yang berbeza. Bagi saya tak kesah mana pun anda guna, sebab apa yang penting ialah platform jualan ni mestilah menyelesaikan 3 urusan asas berikut.

  • Boleh display produk yang dijual
  • Boleh terima order dan payment dengan mudah.
  • Boleh urus jualan dengan mudah dan sistematik

 

Kalau platform yang dipilih tu tak memudahkan anda buat 3 benda ni, then saya tak suggest anda guna untuk run bisnes online. Sebab dengan meniaga secara online, banyak urusan jualan dimudahkan. Kalau buat masih buat manual, baik saya meniaga mcm biasa secara offline. Lagi cepat dan tak perlu pening2 buat sales. Hehe.

 

Sekarang jom kita tengok apa 4 platform alternatif tersebut.

 

Platform Alternatif 1: Jual Di Marketplace!

 

Marketplace adalah laman beli-belah secara online. Macam shopping mall la untuk mudah faham. Dekat Malaysia, kita ada marketplace Shopee dan Lazada yang famous sekarang. Kalau anda tak nak buat website e-Commerce buat masa ni, anda boleh mula menjual kat Shopee untuk permulaan. Untuk mula menjual kat Shopee, anda perlu bukak akaun dengan Shopee dulu. Pergi ke laman web Shopee dan klik pada ‘Sign Up’.

 

article

 

Lepas tu anda perlu pergi halaman Shopee Seller Centre untuk akses ke akaun Seller anda menggunakan username dan password yang sama…

 

article

 

Dari dashboard Shopee Seller Centre tu, anda boleh masukkan seberapa banyak produk pun ke Shopee secara percuma. Kita hanya akan dikenakan caj bila berjaya buat jualan. Dari segi trafik, anda boleh manfaatkan jutaan pengguna yang membeli online kat Shopee. Dengan gambar produk yang berkualiti, product title yang betul dan harga produk yang kompetitif, anda boleh dapatkan jualan secara organik tanpa kos. Selain tu, anda jugak boleh manfaatkan data-data keyword carian dari Shopee Keyword Ads untuk gunakan dalam listing produk dan keluarkan modal untuk buat iklan kat Shopee.

 

article

 

Platform Alternatif 2 : Jual Guna Blog Sendiri!

 

Untuk promosikan produk kat search engine Google, anda perlu ada blog sendiri. Macam blog yang anda baca ni lah. Hehe. Untuk permulaan, anda boleh dapatkan pakej WordPress Hosting dari BlueHost. User friendly, high performance, dan affordable

 

article


Dengan adanya blog sendiri, memang sesuai untuk anda promote melalui artikel-artikel berkualiti sebagai content marketing. Nanti bila anda keep sharing value, anda akan ada follower tegar. Pada waktu tu lah anda boleh hasilkan jualan dengan mudah. Saya ada sediakan panduan cara buat blog dekat blog Kartel Digital. Boleh la jenguk.

 

Tapi usaha anda menjual guna laman web ni bukan setakat tu jer ye. Anda perlu belajar asas Search Engine Optimization (SEO) supaya orang jumpa laman web anda bila buat carian tertentu kat Google. Tapi tu nanti la belajar. Saya bagitahu je dulu supaya anda tahu. Hehe. Kalau nanti free boleh belajar pasal SEO. Ilmu penting dalam Digital Marketing ni. Boleh belajar dekat blog SEMRush atau Ahrefs.

 

Platform Alternatif 3 : Jual Guna Instagram!

 

Kalau anda tak nak guna website e-Commerce buat masa ni, anda boleh buat satu akaun Instagram bisnes. Yup, Instagram masih lagi tempat faveret untuk peniaga online, especially peniaga generasi millennial (lahir tahun 2000 ke atas). Mungkin sebab Instagram ni lebih fun dari platform yang lain. Ye lah, sambil-sambil promosi bisnes sendiri, anda jugak boleh sharing content dalam bentuk visual. Dari segi trafik, mungkin memakan masa kalau kita nak bina followers sendiri dengan akaun Instagram bisnes yang baru. Jadi, anda boleh manfaatkan followers akaun Instagram orang lain untuk promosikan produk anda.

 

Strategi ni kita panggil Instagram Influencer Marketing.

 

article

 

Cari influencer dalam niche bisnes anda yang ada ramai followers. Direct Message (DM) influencer tu dan deal untuk buat paid post kat akaun Instagram dia. Gunakan video yang menarik. Gunakan caption dan call to action yang betul supaya audience jelas apa nak buat kalau berminat dengan produk yang anda promosikan tu. Kalau anda ada bajet skit boleh la guna upah Agency Influencer untuk uruskan kempen Influencer Marketing anda. Ada few yang saya jumpa anda boleh explore later on. Antara yang quite popular are SushiVid and Ittify.

 

Platform Alternatif 4 : Jual Melalui Whatsapp Gaya Bijak Dengan Yezza!

 

Kalau anda tak nak guna e-Commerce website buat masa ni, anda boleh guna apa yang ada sekarang iaitu Whatsapp. Cuma, kita improvise skit kerja-kerja closing dengan Whatsapp.

Caranya adalah guna platform Yezza.

 

article

 

Memang steady pakai Yezza ni. Walaupun kita close thru Whatsapp, anda akan ada store ala-ala website ecommerce yang mobile optimized dan user friendly.

Ini contoh ‘kedai’ anda dalam Whatsapp bila anda guna Yezza.

 

article

 

Nanti bila anda dah daftar dan create akaun Yezza, anda akan dapat link kedai anda sendiri. Anda akan gunakan link tu untuk promote di mana-mana. Tak kesah. So, sesiapa yang klik link Yezza anda, mereka akan ada option untuk chat dengan anda, atau terus buat pembayaran melalui kedai Yezza anda.

But features yang paling saya suka adalah kita boleh urus database customer kita dengan automatik dan sistematik. Bila ada features ni, takde la database anda bersepah. Anda pun tahu yang bukan semua Whatsapp anda akan beli. So anda kena follow up selalu. But bila ada features macam ni, urusan nak follow up prospek dan pelanggan pun jadi makin mudah.

 

Banyak lagi features best yang Yezza offer. Boleh tengok bawah ni.

 

article

 

 

 

Bisnes skincare wife saya pun pakai Yezza jugak. Sebab dia memang tak tau sangat teknikal website-website ni. So elok sangat la. Haha.

 

Kesimpulan Platform Alternatif Untuk Buat Jualan Online.

 

Saya dah kongsikan 4 platform alternatif untuk buat jualan online selain guna website e-Commerce sendiri. Sebenarnya ada banyak je cara dan platform yang anda boleh gunakan. But bagi saya personally, saya suka dengan platform Yezza. Walaupun meniaga guna Whatsapp, tapi nampak sangat professional. Plus, urusan kerja-kerja jualan jadi sistematik dan tersusun. Ini bagus untuk create persepsi positif dan branding untuk bisnes kita in the long run. Saya suggest anda cuba dulu baru tahu ‘power’ atau tak Yezza ni. Hehe.

 

Anyway, itu sahaja setakat ni. Saya akan tambah lagi platform yang best dan berpotensi untuk anda cuba akan datang. Anda ada jumpa platform alternatif lain yang best?🙂

 

Chaloooo~

 

credit this awesome article to Hafiz Azman

Discover all you need for your business to succeed. From connectivity to digital solutions, tools and more, click here to explore unifi Biz offerings.
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Looking for help?
Whether you're after guidance to upscale your business, suggestions for phone plans or simply need help with an issue, we're here to help.
You may also like
Article
5 min read
How to Market Digitally In 2021
Article
2 min read
Empower Your Staff To Transform Your Business (part 2)
Video
2 min watch
Instaweb Testimonial: Aliff Susu Kambing
Want to continue reading this article?
Subscribe to uBC to gain access!
Want to keep reading?
You’ve reached your free article limit! Here’s how you can continue enjoying them
Have you just become a unifi Business customer?
Complete registration (whatever stage you’re at) and enjoy unlimited access to perks, resources, solutions and more!
Are you new around here?
Get unifi Business so you can get access to a wealth of knowledge and solutions that help propel your SME to the next level.
Are you already a uBC member?
Simply complete your profile to finish the registration process and begin enjoying uBC perks & privileges
Are you new around here?
Get unifi Business so you can get access to a wealth of knowledge and solutions that help propel your SME to the next level.