Article

5 Sebab Perniagaan Anda Perlu Laman Web

Biz Advisory
Tips & Tricks

14 Aug 2022 • 3 min Read

Pada era digital kini, hampir lebih daripada 4.33 bilion pengguna internet aktif pada suku ketiga 2019 (sumber: Datareportal 2019).

 

Sebagai usahawan, kita perlu melayari arus perubahan supaya perniagaan kita tidak ketinggalan zaman. Bukan itu sahaja, ini juga merupakan salah satu cara menyahut seruan kerajaan iaitu Dasar Keusahawaan Negara (DKN 2030) dan MyDigital 2021. 

 

Oleh itu, sebagai seorang usahawan kita perlu bijak mengambil peluang dan kesempatan yang telah diberikan oleh kerajaan. Jadi, terdapat 5 sebab kenapa perniagaan anda perlu memiliki Laman Web untuk terus berkembang.


1. Laman Web Meningkatkan Kredibiliti Syarikat Anda!

 

Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan dan meningkatkan keterlihatan pengguna terhadap perniagaan anda, sudah tiba masanya untuk anda membuat pelaburan di laman web untuk menjual produk and perkhidmatan anda secara dalam talian. Pada zaman kini, lebih dari 50% pengguna telefon pintar menemui syarikat atau produk baru ketika mencari di telefon pintar mereka. Jika anda tidak memiliki laman web, ia boleh mengurangkan kredibiliti perniagaan anda. Menurut satu kajian, 75% pengguna dalam talian menerima penilaian kredibiliti syarikat berdasarkan reka bentuk laman webnya. Kesimpulannya, pengguna lebih cenderung terlibat dengan syarikat yang boleh mereka percaya dan laman web adalah batu loncatan untuk membina kepercayaan itu.

 

2. Mengembangkan Operasi Masa Perniagaan Anda!

 

Dengan memiliki laman web, ia bermaksud bahawa kandungan yang anda sediakan untuk pengguna boleh dicapai pada bila-bila masa dan sesuai mengikut keselesaan masa mereka. Oleh itu, jika seseorang melawat laman web anda pada waktu siang atau malam, dengan secara tidak langsung anda boleh berinteraksi dengan mereka untuk memudahkan transaksi perniagaan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dengan meletakkan tanda 'tutup perniagaan' atau notis perpindahan kedai anda jika ada perubahan pada waktu operasi perniagaan anda . Dengan kebolehan ini, anda dapat meningkatkan pemasaran dan penjualan pada setiap masa. Ini juga merupakan langkah ke arah membina perkhidmatan pelanggan dan hubungan yang berkesan, terutamanya jika anda mengaktifkan “chatbot” di laman web anda untuk menyelesaikan masalah asas pelanggan anda ketika mereka sangat memerlukannya.

 

image


3. Mempamerkan Tawaran Perniagaan Anda!

 

Tidak disangkal lagi, bahawa laman web adalah interaksi pertama oleh sasaran pelanggan anda dengan jenama anda. Dengan wujudnya lama web perniagaain anda, kedudukan perniagaan berada sepenuhnya di dalam kawalan anda. Tambahan pula, anda bukan sahaja dapat menampilkan produk dan perkhidmatan yang ada, anda juga dapat menerangkan ciri-ciri  produk tersebut dengan memberi tutorial video pendek atau arahan dalam bentuk “PDF” yang boleh dimuat turun.

 

Anda juga dapat menunjukkan penghargaan, testimoni dan semua ciri yang dapat mengurangkan kekeliruan pengunjung laman web anda. Ini akan meningkatkan purata masa yang dihabiskan oleh pelanggan anda di laman web dan mungkin akan mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

 

4. Memaksimumkan Keuntungan Anda!

 

Pada era transformasi digital, anda boleh membuat laman web dengan pelbagai platform percuma atau berbayar dan ianya tidak memerlukan kos yang tinggi, dan lebih banyak mendapat pulangan keuntungan. Laman web juga boleh dioptimumkan oleh Enjin Carian (SEO) untuk membolehkan anda berada di hadapan ribuan pengguna yang berpotensi tanpa mengeluarkan kos perbelanjaan yang banyak. Ini dapat membantu anda menjangkau sasaran pelanggan dengan lebih meluas untuk mempromosikan perkhidmatan atau produk anda. Kandungan di laman web juga mempengaruhi keputusan membeli dan urus niaga komersial, tidak kira di dalam industri mana anda berada.

 

5. Mensasarkan Pelanggan Anda secara Strategik! 

 

Antara kelebihan lain memiliki laman web ialah anda bukan sahaja dapat membuat pelanggan mengunjungi laman web anda tetapi ia juga dapat menrekodkan setiap tingkahlaku pengunjung mengikuti metrik prestasi utama berikut:

  • Bilangan orang yang melayari laman web anda (pelawat tetap atau “regular visitor”).

  • Bilangan orang yang hanya mengunjungi laman web anda (pelawat unik atau “unique visitor”).

  • Berapa kali halaman anda dibaca atau dikunjungi oleh pengguna (paparan halaman atau reaksi atau “page views and impression).

  • Bilangan orang yang keluar tanpa membaca halaman tempat mereka mendarat (kadar lantunan atau “bounce rate”).

  • Untuk berapa lama orang melawat kandungan laman web anda (masa purata di laman web atau “average time on site”).

 

Semua statistik ini dapat membantu anda mengetahui bagaimana anda boleh menyasarkan pelanggan secara strategik. Anda juga dapat mengetahui jenis kandungan yang disukai pelanggan dan bagaimana anda dapat meningkatkan pengalaman mereka. Hasilnya, laman web anda akan menjadi lebih baik dan lebih ramai pelanggan akan mengunjunginya. 

 

Kesimpulannya, dengan laman web, ia dapat memberi kesan positif dalam mengembangkan perniagaan anda dalam talian. Laman web juga dapat membantu memudahkan perniagaan anda beroperasi sepanjang 24 jam dan setiap hari. Sebagai seorang usahawan, kita juga perlu bijak mengambil peluang dengan pelbagai alternatif solusi perniagaan yang ada di pasaran untuk memudahkan lagi operasi perniagaan.  
 

Artikel ini disumbangkan oleh RHB Bank

How did you find this offering?

Community Discussion

0 comments