Article
7 Strategi Ramadhan untuk Menangi Hati Pelanggan
22 Apr 2021
2 Min Read

Ramadan Al-Mubarak merupakan bulan yang meriah dan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selain memberikan tumpuan untuk menjalani ibadah puasa, ianya juga adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh golongan usahawan untuk menggandakan jualan.

 

Memang sudah menjadi trend, bulan Ramadan dapat dilihat sebagai durian runtuh bagi usahawan, mahupun pengguna. Mengikut statistik Department of Statistics Malaysia, 11street Raya Survey 2016, setiap tahun lebih kurang RM18 bilion dibelanjakan sempena Ramadan-Raya.

 

Baik usahawan yang mempunyai kedai ataupun atas talian, anda haruslah bijak untuk mengambil peluang ini, walaupun secara keseluruhan kita masih lagi terkesan dengan pandemik. Namun trend menunjukkan para pengguna masih lagi berbelanja.

 

Berdasarkan data Google, jumlah orang yang tertarik untuk berbelanja secara atas talian mengalami peningkatan hingga 79% pada bulan Ramadan 2020.

Selain itu, data dari Facebook juga menunjukkan bahawa 51% pembeli lebih banyak menghabiskan waktu untuk berbelanja secara atas talian sejak pandemik COVID-19 melanda.

Di dalam keadaan terkini dimana para pengguna sudah terbiasa dengan membuat pembelian secara atas talian dan juga banyak menghabiskan masa di dunia digital, para usahawan harus memberikan lebih fokus untuk membuat promosi secara atas talian bagi meningkatkan peluang jualan.

 

Dalam masa yang sama, persaingan bisnes di bulan Ramadan juga agak sengit, dimana semua usahawan berlumba-lumba untuk membuat promosi dengan agresif bagi mendapatkan perhatian pengguna.

 

Jadi, apakah cara-cara serta strategi untuk anda lakukan bagi memastikan produk atau khidmat bisnes anda mendapat perhatian?

 

Berikut adalah 7 strategi yang boleh membantu anda untuk gandakan jualan dan memenangi hati pelanggan dengan mudah:

 

1. Cipta Online Presence

Ramai para pengguna telah beralih ke platform online untuk mencari produk, jadi bisnes anda juga perlu go online kan? 

Anda perlu membangunkan online presence. Antara platform asas yang diperlukan adalah laman web, akaun media sosial seperti Facebook shops, Instagram, Youtube dan membuka ‘kedai’ di online marketplace. Jangan lupa untuk mendaftarkan perniagaan anda secara percuma di cari@unifi di mana pelanggan dapat melihat dan mendapatkan cadangan perniagaan anda mengikut lokasi.