Article
Automasikan Perniagaan dan Tingkatkan Produktiviti - Bahagian 2
2 Nov 2021
Min Read

Sudah pastinya, kebanyakan usahawan seringkali risau untuk beralih arah dengan menggunakan teknologi terkini dengan mengautomasikan perniagaan kerana takut akan peralihan tenaga kerja yang kurang mahir dalam mengendalikan teknologi yang bukan menjadi kebiasaan dan tanggungjawab usahawan yang terdahulu.

Oleh demikian usahawan perlu optimis dan terbuka dalam kegunaan teknologi baharu dalam perniagaan kerana terdapat pelbagai faedah ketara apabila anda mengotomasikan perniagaan, antaranya ialah (1) peningkatan kecekapan dalam urusan perniagaan, (2) pemerkasaan pekerja yang lebih mahir, (3) peningkatan ketepatan maklumat dan jualan (4) pembangunan perniagaan yang lebih holistik.

 

Dalam pada itu, penggunaan teknologi automasi perniagaan sebagai solusi dalam urusan gerak kerja perniagaan sedikit sebanyak dapat menyelesaikan beberapa isu-isu dalam proses seharian perniagaan bermula dengan menerima tempahan pembelian, kepada penyediaan bungkusan logistik, pasti akan memberi impak besar kepada kecekapan gerak kerja pengurusan perniagaan. Jelaslah bahawa, sistem teknologi automasi dapat menjimatkan masa dan membolehkan usahawan menguruskan perniagaan untuk merangka strategi, membangunkan pelan baru dan mengambil peluang yang baru dan sedia ada demi kelangsungan perniagaan yang lebih lama. Sistem Automasi membolehkan pekerjamengurangkan tugasan berulang dan membawa kepada gerak kerja yang lebih memfokuskan pada fungsi syarikat yang lebih penting serta terlibat dalam inovasi idea baru dan proses peningkatan pembangunan dalam menambah baik mutu perkhidmatan syarikat.

 

Tambahan pula, Sistem Automasi membolehkan penglibatan pekerja dengan maksimum dalam mencapai matlamat gerak kerja syarikat yang bersifat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Dengan sistem automasi ini, pekerja memiliki peluang kemahiran dan keberadaan kerja dengan ruang skop kerja yang lebih besar untuk lebih berinovasi, mengenalpasti masalah, mencadangkan suatu solusi, berkongsi pendapat, mengutarakan pendirian dan melaksanakan gerak kerja bersifat kritikal yang dahulunya ditugaskan kepada pihak pengurusan. Sekali gus dapat menanamkan kesetiaan dan kepercayaan kepada pekerja demi mewujudkan suasana kerja yang lebih dinamik di mana semua pekerja tidak kira jawatan atau bahagian dapat  diperkasakan untuk menyumbang sesuatu kepada syarikat.

 

Automasi juga dapat membantu syarikat memantau aktiviti-aktiviti dan melindungi syarikat serta informasi sensitif dari jenayah siber.

 

Yang terakhir, sistem automasi dapat membangunkan sesuatu perniagaan, dengan memberi ruang kepada pekerja untuk fokus kepada matlamat strategik serta keadaan syarikat bagi mendapat faedah daripada peningkatan sekuriti dan mengurangkan kesilapan manusia. Natijahnya syarikat pasti akan mendapatkan impak yang positif dari pekerja lapisan bawah. Ini membolehkan usahawan memfokuskan penjimatan kos kepada strategi baru untuk membangunkan dan mengembangkan perniagaan. Integrasi automasi perniagaan membolehkan peningkatan kecekapan dan produktiviti syarikat serta memberi inspirasi kepada pekerja untuk lebih berinovasi. 

 

Artikel ini disumbangkan oleh Bizapp

 

Anda juga boleh layari artikel yang berkaitan di bawah

 

automasi     Automasikan Perniagaan dan Tingkatkan Produktiviti - Bahagian 1

 

online business     4 Platform Jualan Online Dengan Lebih Efektif

Discover all you need for your business to succeed. From connectivity to digital solutions, tools and more, click here to explore unifi Biz offerings.
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Looking for help?
Whether you're after guidance to upscale your business, suggestions for phone plans or simply need help with an issue, we're here to help.
You may also like
Article
3 min read
Reskill And Upskill To Stay Relevant
Article
3 min read
Advance Your Business Using Data-driven Decisions
Article
1 min read
4 Tips to Increase Traffic to Your Website
Want to continue reading this article?
Subscribe to uBC to gain access!
Want to keep reading?
You’ve reached your free article limit! Here’s how you can continue enjoying them
Have you just become a unifi Business customer?
Complete registration (whatever stage you’re at) and enjoy unlimited access to perks, resources, solutions and more!
Are you new around here?
Get unifi Business so you can get access to a wealth of knowledge and solutions that help propel your SME to the next level.
Are you already a uBC member?
Simply complete your profile to finish the registration process and begin enjoying uBC perks & privileges
Are you new around here?
Get unifi Business so you can get access to a wealth of knowledge and solutions that help propel your SME to the next level.