unifi Business – Sesi Webinar Solusi Perniagaan dengan unifi Business membuka tirai tahun 2022 dengan tajuk Jom Serlahkan Perniagaan Anda dengan cari@unifi.
Webinar ini khusus untuk pelanggan unifi Business yang telah melanggan cari@unifi diadakan pada 28 Januari 2022 yang lalu secara langsung melalui platform MS Team. Webinar ini dikendalikan oleh Sharliza Mohd Haris, Ketua Penyelesaian Perniagaan, unifi Business.
Sesi webinar ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelanggan perniagaan untuk mendapatkan nasihat dan sokongan penyelesaian perniagaan bagi memulakan atau mengalihkan perniagaan atas talian dengan penyenaraian premium perniagaan di dalam laman cari@unifi.
cari@unifi adalah laman direktori yang menghimpunkan pelbagai perniagaan atas talian dan disusun mengikut kategori. Laman berkenaan akan memudahkan penemuan pelbagai peniaga tempatan dan menyokong dengan melakukan pembelian daripada mereka. Laman cari@unifi berfungsi sebagai direktori di mana pengguna akan dihubungkan ke halaman penjual atau akaun WhatsApp mereka.
Di sesi Webinar cari@unifi ini, pelanggan perniagaan diberi penerangan dan latihan tentang cara pengaktifan serta maklumat yang boleh didapati dalam aplikasi cari@unifi.
Lebih kurang 100 peserta telah bersama-sama berinteraksi secara aktif dalam sesi webinar cari@unifi ini dan mengambil bahagian dalam permainan Kahoot!. Sesi diakhiri dengan pemilihan 3 pemenang bertuah dan ucapan penutup oleh Puan Sharliza Haris.
Anda juga boleh dapatkan solusi cari@unifi & baca artikel di bawah
Listing on cari@unifi platform