Pada 26 April – 5 Mei lalu, unifi Business Club (uBC), telah menganjurkan kempen #uBCKongsiKasih untuk meraikan mereka yang memerlukan.
Menerusi kempen ini, uBC telah membuka platform untuk para pelanggan mencalonkan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) pilihan mereka di laman sosial. Tiga buah badan kebajikan bertuah telah dipilih dan menerima sumbangan daripada pihak uBC.
Sumbangan berupa barangan keperluan asas serta barangan elektronik berjumlah RM5000 telah diagihkan kepada badan-badan NGO pilihan tiga pelanggan unifi iaitu:
- Hunt & Hantar (Yayasan Noor Manzil, Puchong)
- Tengku Farah Tengku Ismit (Min Qalby, Kuala Lumpur)
- Siti Zulaiha (Al-Riqab, Kuala Lumpur).
Acara ringkas penyerahan sumbangan ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama LALAMOVE yang merupakan rakan strategik logistik uBC.
“unifi komited untuk membantu kelestarian perusahaan-perusahaan dan ini tidak terhad kepada SME sahaja. Kempen #uBCKongsiKasih merupakan usaha murni kami bersama-sama pelanggan SME unifi untuk membantu organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam meringankan beban mereka yang memerlukan” – Yusman Ammeran, Ketua Segmen SME, unifi.
Oleh:
Nurul Syafiqah Roslan
PR & Communications (unifi SME)
GCXM