Di majlis pelancaran uBC di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 3 Oktober 2019, Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi berkata, “Pada masa ini, kami tahu ramai yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu #khabarbaik daripada pengumuman bajet. Ada pelbagai spekulasi tentang apa yang bakal diumumkan tetapi biarlah unifi umumkan dahulu berita istimewa kerana kami kini memberikan ganjaran kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada dengan Pay Nothing bagi yuran langganan mereka sehingga 31 Disember 2019.
“Bermula Januari 2019, unifi secara berterusan membawakan #khabarbaik kepada pelanggan Kediaman. Kali ini, unifi memberi tumpuan kepada pelanggan perniagaan dengan memperkenalkan unifi Business Club (uBC) yang baharu.”
Tambah beliau, “Komuniti perniagaan PKS amat penting kepada unifi – mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi dan merupakan nadi penting dalam memacu negara ke arah Revolusi Perindustrian 4.0. Selain daripada menikmati Pay Nothing sehingga akhir tahun, setiap pelanggan PKS sedia ada kami akan menjadi ahli uBC secara automatik.”
Menurut beliau lagi, “uBC menawarkan pelbagai penyelesaian yang direka bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan perniagaan antaranya mendepani pencabar perniagaan, pengurusan aliran kewangan lebih baik dan meningkatkan publisiti. uBC adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kerana terus setia dengan unifi. Inilah dedikasi dan komitmen kami bagi menyokong pelanggan perniagaan dari segenap segi.”
Sebagai ahli uBC, pelanggan perniagaan boleh menjangkakan pelbagai penyelesaian perniagaan khusus; antara yang utama adalah Penyelesaian Pemasaran Digital (DMS) bersepadu, yang membolehkan ahli untuk meningkatkan kehadiran digital mereka. Ahli juga boleh membina laman web dengan mudah menggunakan tema sedia ada dan menambah ciri-ciri e-dagang.
DMS ini juga digabungkan dengan beberapa platform pemasaran digital antaranya Yellow Pages Digital, Instaweb, Google Ads dan Facebook Ads, justeru memudahkan pemilik PKS dan usahawan untuk memulakan pemasaran mereka secara atas talian. Tempoh masa ke udara percuma di podcast atau video juga ditawarkan kepada ahli untuk menampilkan kisah perniagaan mereka menerusi laman uBC.
Ahli-ahli uBC juga boleh mendapatkan bantuan kewangan menerusi usahasama antara unifi dan penyelesaian kewangan khusus untuk PKS yang ditawarkan oleh ScoreXcess dari SME Bank.
Penyelesaian ini menawarkan ahli-ahli yang berminat membuat pinjaman secara atas talian dan menerima kelulusan dalam tempoh 48 jam. Ini adalah penyelesaian penting yang diwujudkan untuk membolehkan para ahli menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih baik.
uBC turut menambah penyelesaian menarik dengan memastikan perniagaan mereka tidak menghadapi gangguan yang memberi kesan kepada operasi harian pelanggan perniagaan unifi. uBC menawarkan bantuan premium tanpa kerisauan menerusi unifi Riders, di mana ahli boleh menerima bantuan rundingan dan perkhidmatan sokongan dalam tempoh dua jam dengan menghubungi 1-800-88-RIDE (7433).
Perkhidmatan premium ini pada masa ini boleh didapati di Pantai Dalam (Kuala Lumpur), Shah Alam (Selangor), Johor Bahru (Johor), Butterworth (Pulau Pinang), dan Georgetown (Pulau Pinang), dan akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi tidak lama lagi.
Untuk maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan unifi untuk perniagaan anda, layari unifi.com.my/business hari ini!
Ingin rasai pengalaman unifi yang cekap dan mudah? Muat turun aplikasi myunifi secara percuma di App Store dan Google Play Store.