Miscellaneous

Jelajah Jiwa SME 2026

27 Jun 2026 - 28 Jun 2026   |   10:00 AM - 10:00 PM

NU Sentral, Kuala Lumpur

Tip & Panduan

Kami Beri Ruang, Anda Cipta Peluang!

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Jelajah Jiwa SME @ NU Sentral, festival keusahawanan yang menghimpunkan usahawan, pemimpin industri dan komuniti perniagaan dalam satu platform yang penuh inspirasi, peluang dan inovasi.

 

Sepanjang dua hari acara, pengunjung berpeluang meneroka pelbagai solusi digital, menyertai sesi perkongsian bersama usahawan dan speaker inspirasi, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih luas.

 

Jelajah Jiwa SME NU Sentral

 

Turut menanti adalah pameran produk usahawan tempatan, aktiviti interaktif dan cabutan bertuah dengan hadiah menarik untuk dimenangi.

 

Antara tarikan utama:

 

  • Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik 

  • Peluang memenangi telefon 5G, iPad dan TV 

  • Sesi perkongsian ilmu bersama usahawan dan pakar industri 

  • Pameran serta jualan produk usahawan tempatan 

  • Aktiviti interaktif untuk seisi keluarga

 

Jelajah Jiwa SME NU Sentral

Jelajah Jiwa SME NU Sentral

 

Bawa keluarga, rakan-rakan dan komuniti perniagaan anda untuk merasai pengalaman yang penuh inspirasi, ilmu dan peluang pertumbuhan perniagaan.

 

Jumpa anda di Jelajah Jiwa SME @ NU Sentral dan banyak lagi lokasi terpilih!

 

TARIKH

LOKASI

27-28 Jun 2026 (Sabtu-Ahad)

NU Sentral, Kuala Lumpur

15-16 Ogos 2026 (Sabtu-Ahad)

Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

11-12 September 2026 (Jumaat-Sabtu)

Mayang Mall, Kuala Terengganu, Terengganu

26-27 September 2026 (Sabtu-Ahad)

Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor

23-25 Oktober 2026 (Jumaat-Ahad)

Aman Sentral Mall, Alor Setar, Kedah

 

KETAHUI LEBIH LANJUT

Dialog Komuniti

0 komen