Miscellaneous

Siri Jelajah Terpaling Digital @ Pahang

29 May 2025   |   09:30 AM - 01:00 PM

Sri Manja Hotel, Indera Mahkota Kuantan

Solusi Digital

Berminat untuk mengembangkan & meningkatkan perniagaan anda melalui platform digital? Siri Jelajah Terpaling Digital bersama Unifi Business menawarkan peluang keemasan untuk anda mendapatkan ilmu dan strategi yang akan memperkasakan bisnes anda dalam dunia digital!

 

Ikuti sesi perkongsian daripada pakar dan pelajari bagaimana membina laman web, keselamatan peranti, penyimpanan fail dan solusi pemasaran digital berupaya membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan perniagaan dan menjana pendapatan menerusi tawaran dari Unifi Business.

 

speaker

 

Melalui Jelajah Terpaling Digital @ Pahang yang diadakan dengan jalinan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), usahawan PMKS berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang Digital Marketing Solution (DMS), eCommerce Hub (ECH), Kaspersky Small Office Security (KSOS) & Unifi Cloud Storage (UCS) penyelesaian solusi digital daripada Unifi Business.

 

Antara yang menarik di Jelajah Terpaling Digital @ Pahang:

1. Ilmu Pemasaran Digital: Belajar cara memanfaatkan platform media sosial seperti TikTok, Facebook atau Instagram untuk mempromosikan perniagaan

2. Keselamatan Perniagaan & Penyimpanan Fail: Penggunaan KSOS untuk melindungi data & UCS untuk penyimpanan fail perniagaan

3. Laman Web Perniagaan: Membina laman web dengan mudah untuk meningkatkan jualan dan memperkenalkan perniagaan.

4. Peluang Networking: Berhubung dengan usahawan dan profesional dalam industri

5. Pameran Rakan Strategik & Agensi Terlibat: Perkongsian dan pameran daripada rakan strategik Unifi Business seperti BSN

6. Geran Digital PMKS Madani (GDPM): Ketahui cara untuk mendapatkan bantuan dan sokongan hingga RM5,000 bagi perniagaan anda

 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang solusi digital Unifi Business? Jom digitalkan perniagaan anda sekarang!

LANGGAN SEGERA

Dialog Komuniti

0 komen