Conference

Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber

07 Aug 2024   |   09:00 AM - 12:30 PM

Menara Cyber Axis, Cyberjaya, Selangor

Digitalisasi
Keselamatan Siber

Tahukah anda hampir 50% PMKS di Malaysia pernah menjadi mangsa serangan siber dan 67% daripada mereka kehilangan data disebabkan oleh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab?

 

Adakah anda mangsa seterusnya? 

 

Rebut peluang keemasan ini untuk mengetahui tahap keselamatan siber perniagaan anda!

 

Program ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melalui CyberSecurity Malaysia, agensi di bawah Kementerian Digital, bertujuan untuk memberi kesedaran serta pendedahan mengenai isu dan cabaran keselamatan siber dalam kalangan PMKS. 

 

Memahami cabaran PMKS dalam mengutamakan perbelanjaan keselamatan siber, program ini ditaja sepenuhnya demi menjana kesedaran dan kesediaan dalam kalangan PMKS.     


FAEDAH untuk anda ialah:

 

  • Memahami kondisi dan tahap keselamatan siber organisasi anda
  • Mengesan malware/ransomware pada peringkat awal dan melindungi data penting perniagan anda
  • Mengenal pasti dan melaksanakan langkah pemulihan serta pencegahan bagi mengurangkan potensi serangan siber
  • Mempromosi dasar keselamatan siber dalam persekitaran kerja dan cakna dengan perkembangan ancaman siber terkini 


                                  

FAEDAH EKSKLUSIF untuk ahli Unifi Business Club (UBC):
 

Jangan lepaskan peluang dan sertai program ini dengan kerjasama Unifi Business dan CyberSecurity Malaysia. Sehingga 80 ahli UBC berpeluang untuk menyertai dan menikmati insentif sehingga RM100,000 (tertakluk pada terma dan syarat).

DAFTAR SEKARANG

Dialog Komuniti

0 komen