Miscellaneous

Peluang Kolaborasi Bersama eDesa dan KDA FC

29 May 2024 - 28 May 2025   |   12:00 AM - 11:59 AM

Dalam Talian (Aplikasi eDesa.my)

Pemasaran
Jualan

Pada 29 Mei 2024, pihak pengurusan KDA FC telah bersetuju melantik eDesa untuk menjalankan aktiviti pemasaran produk mewakili KDA FC dan pengusaha tempatan berkaitan barangan runcit bagi musim 2024/25 menerusi saluran aplikasi eDesa.my.  

 

Kerjasama ini adalah suatu usaha bagi menjayakan sebuah program yang baru dilancarkan iaitu Program Peluncuran Ekonomi KDA FC yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pihak KDA FC melalui sumbangan hasil daripada jualan produk tersebut di KDA STORE dalam aplikasi eDesa.my. 

 

KDA FC dan eDesa membuka peluang kepada penjual yang berminat untuk menjadikan produk mereka sebagai sebahagian daripada produk Affiliate KDA FC. 

 

ANTARA FAEDAH YANG BAKAL DIPEROLEHI

 

1. Mendapat peluang promosi produk anda bersama KDA FC 

2. Peluang membuka booth jualan semasa hari perlawanan dan event anjuran KDA FC 

3. Sama-sama menyumbang kepada KDA FC melalui hasil jualan produk yang disenaraikan dalam produk Affiliate KDA FC 

4. Branding produk atau jenama akan lebih dikenali dan banyak lagi 

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

 

1. Memiliki SSM yang sah dan belum tamat tempoh 

2. Terbuka hanya kepada produk tempatan sahaja sama ada produk makanan mahupun bukan makanan 

3. Jualan hanya dilakukan dalam aplikasi eDesa.my 

 

Jika berminat untuk menjadi Affiliate dan menyumbang kepada KDA FC melalui belian produk anda, klik pautan ini untuk mengisi borang. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Admin eDesa.my di talian 011-5413 3372 / 011-5425 3372.

Dialog Komuniti

0 komen