Miscellaneous
Siri Jelajah Terpaling Digital @ WPJ
Bangi Golf Resort
Berminat untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan anda melalui platform digital? Siri Jelajah Terpaling Digital bersama Unifi Business menawarkan peluang keemasan untuk anda mendapatkan ilmu dan strategi yang akan memperkasakan bisnes anda dalam dunia digital!
Ikuti sesi perkongsian daripada pakar dan pelajari bagaimana membina laman web, keselamatan peranti, penyimpanan fail dan solusi pemasaran digital berupaya membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan perniagaan dan menjana pendapatan menerusi tawaran daripada Unifi Business.
Melalui Jelajah Terpaling Digital @ WPJ yang diadakan dengan jalinan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lazada, usahawan PMKS berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian solusi digital daripada Unifi Business: Digital Marketing Solution (DMS), eCommerce Hub (ECH), Kaspersky Small Office Security (KSOS) dan Unifi Cloud Storage (UCS).
Antara yang menarik di Jelajah Terpaling Digital @ WPJ:
1. Ilmu Pemasaran Digital: Belajar cara memanfaatkan platform media sosial seperti TikTok, Facebook atau Instagram untuk mempromosikan perniagaan
2. Keselamatan Perniagaan & Penyimpanan Fail: Penggunaan KSOS untuk melindungi data dan UCS untuk penyimpanan fail perniagaan
3. Laman Web Perniagaan: Membina laman web dengan mudah untuk meningkatkan jualan dan memperkenalkan perniagaan
4. Peluang Networking: Berhubung dengan usahawan dan profesional dalam industri
5. Pameran Rakan Strategik & Agensi Terlibat: Perkongsian dan pameran daripada rakan strategik Unifi Business seperti BSN dan Lazada
6. Geran Digital PMKS Madani (GDPM): Ketahui cara untuk mendapatkan bantuan dan sokongan hingga RM5,000 bagi perniagaan anda
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang solusi digital Unifi Business? Jom digitalkan perniagaan anda sekarang!
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!