Miscellaneous
Karnival BSN Mikro Madani
Pasar Payang 1, Kuala Terengganu
Dah bersedia? Kami ada kejutan istimewa untuk anda!
Karnival BSN Mikro Madani merupakan sebahagian daripada Karnival BSN SSP yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.
Karnival BSN Mikro Madani bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan BSN, selain menyokong usahawan mikro tempatan melalui pameran dan platform promosi.
Unifi Business selaku Rakan Digital program ini akan turut menampilkan pelbagai solusi digital bagi membantu peniaga mikro memantapkan perniagaan.
Jom datang beramai-ramai ke karnival yang bakal berlangsung pada 12-14 Jun 2025 di lokasi pertama: Pasar Payang 1, Kuala Terengganu. Edisi-edisi seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur dan Johor.
Peluang, ganjaran dan aktiviti menarik menanti anda. Kita jumpa nanti!
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!