Conference

Taklimat kepada PKS tentang PGPKS dan Sesi Kesedaran Keselamatan Siber

20 Sep 2023   |   09:00 AM - 12:30 PM

Dorsett Putrajaya

Keselamatan Siber

Tahukah anda hampir 50% PKS di Malaysia pernah menjadi mangsa serangan siber dan 67% daripada mereka kehilangan data disebabkan oleh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab?

Adakah anda mangsa seterusnya?

Sertai Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh CyberSecurity Malaysia, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Rebut peluang keemasan ini untuk mengetahui tahap keselamatan siber perniagaan anda!

Program ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bertujuan untuk memberi kesedaran serta pendedahan mengenai isu dan cabaran keselamatan siber dalam kalangan PKS.

Faedah menyertai PGPKS kepada PKS ialah:

  • Memahami kondisi dan tahap keselamatan siber organisasi anda
  • Mengesan perisian hasad/perisian tebusan (malware/ransomware) pada peringkat awal dan melindungi data penting perniagaan anda
  • Mengenal pasti dan melaksanakan langkah pemulihan serta pencegahan bagi mengurangkan potensi serangan siber
  • Mempromosi dasar keselamatan siber dalam persekitaran kerja dan cakna dengan perkembangan ancaman siber terkini

Faedah eksklusif untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Jangan lepaskan peluang dan sertai program PGPKS dengan kerjasama Unifi Business dan CyberSecurity Malaysia. Sehingga 80 ahli UBC berpeluang untuk menyertai dan menikmati insentif sehingga RM100,000 (tertakluk pada terma dan syarat).

 

DAFTAR SEKARANG

 

Dialog Komuniti

0 komen