Artikel

5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS

Digitalisasi
Digitasi
Teknologi
Nasihat Niaga
Keselamatan Siber

14 Apr 2023 • Bacaan 3 minit

Serangan siber berupaya melumpuhkan sistem utama pengendalian syarikat. Kecurian data seperti maklumat perbankan juga boleh menyebabkan golongan peniaga menanggung kerugian besar. Penyelesaian keselamatan Kaspersky Small Office Security mampu memberi perlindungan 24 jam kepada perniagaan anda dengan mudah dan berkesan!

 

Jenayah siber boleh berlaku tanpa kita sedari. Pada suku pertama 2022, Kaspersky telah mengesan sebanyak 4,003,323 kes serangan siber jenis Trojan-PSW yang mengancam industri kecil dan sederhana di seluruh dunia. 

 

Perisian hasad (malware) tersebut yang digelar Password Stealing Ware (pencuri kata laluan) berupaya mencuri maklumat akaun pengguna. Ia mengumpul data yang tersimpan di dalam sistem komputer milik mangsa. Antaranya, fail, nama pengguna (username) serta kata laluan yang disenarai dalam pelayar web dan kuki (cookie). 

 

Serangan siber sebegini dapat menjejaskan kredibiliti perniagaan dan menggugat kepercayaan pelanggan sehingga mengakibatkan kerugian wang ringgit. Jom lihat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi perniagaan anda. 

 

1. Manfaatkan perisian keselamatan siber  

 

UBC_5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS  

 

Para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) seharusnya lebih berwaspada kerana mereka merupakan sasaran utama penjenayah siber. Hal ini disebabkan golongan PMKS dianggap lemah kerana kurang kesedaran tentang sistem keselamatan dalam talian yang kukuh. 

 

Menurut laporan penyelidikan terkini Kaspersky, sebanyak 60% peniaga kecil dan sederhana telah mengalami serangan siber sepanjang tahun 2022. 

 

Penting untuk anda melengkapi platform perniagaan dalam talian dengan perisian keselamatan atau antivirus yang terkini. Ia berfungsi sebagai perisai untuk membanteras ancaman siber seperti perisian tebusan (ransomware), pemalsuan penggunaan (cryptojacking) serta pencerobohan data. 

 

Dengan hanya satu klik pada e-mel berunsur pancingan data (phishing) iaitu e-mel yang mengandungi informasi penipuan (scam), ia dapat melumpuhkan sistem operasi yang ada pada peranti sehingga boleh menyebabkan pencerobohan data dan privasi. 

 

Bagi mencegah kelalaian dan serangan siber daripada berlaku, manfaatkan perisian keselamatan terkini bagi melengkapi penstrukturan sistem dalam talian yang digunakan untuk menggerakkan perniagaan anda.  

 

Gunakan penyelesaian keselamatan yang direka khusus untuk PMKS!