Artikel

5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS

Digitalisasi
Digitasi
Teknologi
Nasihat Niaga
Keselamatan Siber

14 Apr 2023 • Bacaan 3 minit

Serangan siber berupaya melumpuhkan sistem utama pengendalian syarikat. Kecurian data seperti maklumat perbankan juga boleh menyebabkan golongan peniaga menanggung kerugian besar. Penyelesaian keselamatan Kaspersky Small Office Security mampu memberi perlindungan 24 jam kepada perniagaan anda dengan mudah dan berkesan!

 

Jenayah siber boleh berlaku tanpa kita sedari. Pada suku pertama 2022, Kaspersky telah mengesan sebanyak 4,003,323 kes serangan siber jenis Trojan-PSW yang mengancam industri kecil dan sederhana di seluruh dunia. 

 

Perisian hasad (malware) tersebut yang digelar Password Stealing Ware (pencuri kata laluan) berupaya mencuri maklumat akaun pengguna. Ia mengumpul data yang tersimpan di dalam sistem komputer milik mangsa. Antaranya, fail, nama pengguna (username) serta kata laluan yang disenarai dalam pelayar web dan kuki (cookie). 

 

Serangan siber sebegini dapat menjejaskan kredibiliti perniagaan dan menggugat kepercayaan pelanggan sehingga mengakibatkan kerugian wang ringgit. Jom lihat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi perniagaan anda. 

 

1. Manfaatkan perisian keselamatan siber  

 

UBC_5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS  

 

Para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) seharusnya lebih berwaspada kerana mereka merupakan sasaran utama penjenayah siber. Hal ini disebabkan golongan PMKS dianggap lemah kerana kurang kesedaran tentang sistem keselamatan dalam talian yang kukuh. 

 

Menurut laporan penyelidikan terkini Kaspersky, sebanyak 60% peniaga kecil dan sederhana telah mengalami serangan siber sepanjang tahun 2022. 

 

Penting untuk anda melengkapi platform perniagaan dalam talian dengan perisian keselamatan atau antivirus yang terkini. Ia berfungsi sebagai perisai untuk membanteras ancaman siber seperti perisian tebusan (ransomware), pemalsuan penggunaan (cryptojacking) serta pencerobohan data. 

 

Dengan hanya satu klik pada e-mel berunsur pancingan data (phishing) iaitu e-mel yang mengandungi informasi penipuan (scam), ia dapat melumpuhkan sistem operasi yang ada pada peranti sehingga boleh menyebabkan pencerobohan data dan privasi. 

 

Bagi mencegah kelalaian dan serangan siber daripada berlaku, manfaatkan perisian keselamatan terkini bagi melengkapi penstrukturan sistem dalam talian yang digunakan untuk menggerakkan perniagaan anda.  

 

Gunakan penyelesaian keselamatan yang direka khusus untuk PMKS!

 C:\Users\YP2034\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Outlook\J435O0L7\03_EDM_Kaspersky_SOS_3_Onboarding.png  

Nikmati Kaspersky Small Office Security, hasil kolaborasi Unifi Business dan Kaspersky. Solusi perlindungan siber ini merangkumi sistem pengimbasan untuk menangani serangan dalam talian, menghalang kebocoran data serta melindungi transaksi. 

 

Kaspersky Small Office Security direka khas untuk memenuhi keperluan keselamatan perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Ia menyalurkan perlindungan maksimum yang mudah untuk dinavigasi oleh semua pihak tanpa memerlukan kemahiran teknologi maklumat (IT) yang spesifik. 

 

Perisian keselamatan ini boleh ditetapkan untuk digunakan sehingga 50 orang pengguna. Pengendaliannya yang mudah membolehkan anda mengawal sistem keselamatan secara dalam talian menerusi portal pengurusan Kaspersky. 

 

Fungsi System Watcher berupaya melindungi anda daripada serangan perisian tebusan dengan pengesanan dan penyekatan tindakan jahat, manakala fungsi Safe Money pula dapat melindungi transaksi kewangan serta perbankan dalam talian. 

 

Bukan itu sahaja, Kaspersky Small Office Security turut menawarkan perlindungan menyeluruh kepada semua jenis peranti Android termasuklah peranti milik kakitangan anda. 

 

Ia juga membekalkan sistem pertahanan buat pelayaran web dan privasi pada komputer bagi melindungi e-mel anda daripada segala bentuk ancaman di samping memastikan data sensitif kekal selamat daripada pengintip. 

 

Dengan adanya perisian keselamatan siber yang diyakini, anda tak perlu risau lagi dan boleh memfokus kepada usaha memajukan perniagaan! 

 

2. Sediakan latihan untuk kakitangan anda 

 

UBC_5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS

 

Cara terbaik untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kecurian data adalah dengan mengimplementasikan struktur keselamatan siber yang kukuh ke dalam organisasi perusahaan. 

 

Pastikan kesemua kakitangan syarikat mempunyai pengetahuan asas mengenai jenayah siber sebagai persediaan berdepan dengan sebarang kemungkinan. Sediakan latihan keselamatan secara berkala untuk staf bagi memperkuat benteng siber perniagaan anda. 

 

Mereka perlu mengenali jenis-jenis ancaman siber seperti pancingan data (phishing), penipuan SMS (smishing) dan nafi khidmat (denial of service) serta mengetahui cara untuk menangani serangan bagi mengelakkan diri daripada terjerat dalam perangkap penjenayah. 

 

3. Pelihara keselamatan peranti yang digunakan semasa bekerja 

 

UBC_5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS

 

Setiap inovasi mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Sebab itu penting untuk anda memastikan keselamatan peranti yang digunakan, baik untuk keperluan peribadi mahupun bagi melaksanakan tugasan harian. 

 

Kemajuan teknologi hari ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Ia memudahkan pengurusan operasi di pejabat, membolehkan peniaga berhubung terus dengan pelanggan dan membantu pekerja menyelesaikan tugasan secara efisien. 

 

Pastikan peralatan teknologi seperti komputer riba, komputer tablet dan telefon pintar yang digunakan untuk tujuan bekerja sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Apabila tidak digunakan, simpan ia di dalam almari atau laci meja pejabat yang berkunci. 

 

Anda hendaklah selalu berhati-hati dengan pautan dan lampiran yang diterima melalui e-mel atau media sosial. Sekiranya anda menerima e-mel yang mencurigakan, sahkan sumber pengirim e-mel. Jangan klik pautan atau lampiran yang diterima dari sumber yang tidak diketahui.  

 

Manfaatkan perisian penyulitan atau enkripsi yang ditetapkan pada e-mel, fail komputer dan sistem kata laluan untuk memperkukuh ciri keselamatan yang ada pada peranti. Jana kata laluan yang kuat berdasarkan susunan abjad yang unik agar sukar diteka oleh penjenayah. 

 

4. Elakkan mengguna Internet awam 

 

UBC_5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS

 

Perubahan landskap perniagaan berikutan pandemik COVID-19 menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan. 

 

Pendigitalan perniagaan yang semakin banyak dilaksanakan oleh komuniti PMKS telah menjadikan sektor e-dagang sebagai antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. 

 

Namun, para pengusaha PMKS hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran serta literasi digital bagi menguasai bidang perniagaan dalam talian secara proaktif. 

 

Sokongan kemahiran digital untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Tingkatkan mutu keusahawanan dengan menyertai program pembelajaran dalam talian AirAsia Academy. Ia membantu anda menguasai pelbagai aspek pendigitalan perniagaan seperti keselamatan siber, perkhidmatan pelanggan dan banyak lagi! 

 

Jika anda mempraktikkan konsep bekerja dari rumah atau dari mana-mana lokasi lain, layarilah Internet dengan selamat. Elakkan diri daripada menggunakan Internet awam. Jangan sesekali menyambungkan peralatan elektronik yang digunakan untuk tujuan bekerja dengan Wi-Fi percuma kerana dikhuatiri mudah diserang penggodam. 

 

Sebaliknya, manfaatkan rangkaian persendirian maya (VPN) atau sambungan mudah alih (hotspot) dari telefon pintar agar data dan rekod penting syarikat mendapat perlindungan yang optimum. 

 

5. Guna kata laluan yang kukuh dan unik 

 

UBC_5 Tip Keselamatan Siber untuk PMKS

 

Pengurusan perdagangan elektronik atau e-dagang bergantung penuh kepada penggunaan sistem dalam talian. Sebagai langkah keselamatan, kata laluan diperlukan untuk mengakses aplikasi digital seperti sistem perbankan, media sosial dan e-mel.  

 

Peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer juga harus dilengkapi dengan kata laluan bagi memastikan segala maklumat sulit yang disimpan di dalamnya kekal selamat. Kegagalan untuk melindungi maklumat peribadi seperti nama, alamat rumah dan nombor kad pengenalan akan menyebabkan masalah serius jika tidak dibendung dari awal. 

 

Anda dinasihatkan untuk mencipta kata laluan yang kukuh berdasarkan kombinasi huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol. Ia dapat menyukarkan penggodam atau penceroboh untuk meneka kata laluan anda dengan tepat sebelum melakukan sebarang bentuk serangan. Selain itu, sentiasa pastikan kata laluan ditukar secara berkala. Jangan gunakan kata laluan yang sama berulang kali.  

 

Tingkatkan kelancaran operasi perniagaan dengan penyelesaian yang dipercayai. Dengan harga daripada serendah RM30 sebulan, Kaspersky Small Office Security menyediakan sistem keselamatan yang mampu membendung serangan siber dengan efektif! 

Solusi berkaitan

image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solusi

0

AirAsia Academy

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​
image

Setiap ahli UBC boleh menikmati DISKAUN…

Solusi

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi