Artikel

Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan dengan Pesan Hantar pada Musim Perayaan

Tip & Panduan
E-Dagang
Jualan

14 Apr 2023 • Bacaan 3 minit

Kami kongsikan cara menambah pendapatan sepanjang Ramadan dan Syawal dengan menjadi ejen pemesan hantar (dropship).

 

Perniagaan ialah salah satu sumber rezeki yang terbesar. Dengan berniaga, anda mempunyai fleksibiliti dari segi waktu selain bebas menentukan hala tuju syarikat. 

 

Mengusahakan perniagaan sendiri juga mampu memberi kepuasan dan pulangan yang lumayan jika dilakukan dengan betul. 

 

Apakah perniagaan pesan hantar? 

 

Pesan hantar (dropship) ialah model perniagaan yang mudah untuk dikendalikan. Ia sesuai untuk diceburi usahawan pemula kerana tidak memerlukan modal yang besar, kedai atau kos perbelanjaan pemasaran. 

 

Ada juga perniagaan pesan hantar yang tidak memerlukan ejen untuk mengeluarkan sebarang modal mahupun menyimpan stok. Ia bergantung kepada syarat yang ditentukan oleh pengasas atau pemilik jenama tersebut. 

 

Sebagai contoh, tanggungjawab ejen atau pemesan hantar hanyalah untuk mencari pelanggan dan mendapatkan tempahan. Sebaik tempahan diterima, mereka perlu mengambil stok daripada pemilik jenama berdasarkan jumlah pesanan dan menguruskan penghantaran barangan kepada pelanggan. 

 

Keuntungan pula akan diterima mengikut jumlah produk yang terjual. Pengasas atau pemilik jenama akan menentukan peratusan keuntungan yang akan ejen dapat daripada setiap jualan. 

 

Pemesan hantar selalunya akan mendapat pulangan sebanyak 3%–5% daripada harga setiap barang. Lebih banyak pesanan yang diterima, lebih banyak keuntungan yang akan diperoleh daripada hasil jualan. 

 

Bagaimana nak tarik minat pelanggan untuk membeli?

 

Inserting image... 

Para usahawan hendaklah sentiasa mengikut perkembangan semasa dan peka dengan keperluan pengguna. 

 

Jika anda menjalankan perniagaan pesan hantar sebagai pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan sampingan, lakukan perancangan terlebih dahulu supaya ia tidak menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka masa yang singkat. 

 

1. Jual produk yang bersesuaian dengan minat 

 

Anda perlu bijak memasarkan produk mengikut kreativiti jika mahu menceburi bidang perniagaan pesan hantar. Kenal pasti minat serta kelebihan diri anda. Jika anda gemar berfesyen, produk yang paling sesuai untuk anda jual ialah pakaian dan aksesori. 

 

Urusan perniagaan juga akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai ilmu tentang barangan tersebut. Lebih tinggi pengetahuan anda tentang sesuatu produk, lebih mudah untuk anda mempengaruhi pemikiran prospek atau pelanggan bagi melakukan pembelian. 

 

Namun, pastikan anda memilih barangan yang mempunyai permintaan tinggi mengikut kesesuaian musim. Produk fesyen seperti baju raya dan tudung adalah antara barangan yang amat sesuai untuk dijual menjelang Aidilfitri.  

 

2. Sertai bazar Aidilfitri

  

 

Jangan mengharap untuk mendapatkan jualan menerusi hebahan dan promosi yang dilakukan di media sosial sahaja. Untuk menarik lebih ramai pelanggan, anda perlu berusaha lebih dengan menjual di luar talian. 

 

Ada banyak penganjur bazar Aidilfitri di seluruh negara yang membuka sewaan tapak untuk anda berniaga. 

 

Rebut peluang meniaga di tempat-tempat awam agar jenama yang ingin anda pasarkan itu lebih dikenali, terutamanya dalam kalangan golongan pelanggan yang tidak aktif di media sosial. 

 

3. Jual jenama yang dikenali 

 

Perkara penting untuk anda pertimbangkan sebelum memulakan perniagaan pesan hantar ialah pemilihan jenama yang hendak anda jual. 

 

Ramai usahawan meminati konsep perniagaan pesan hantar kerana ia lebih mudah untuk dilaksanakan tanpa perlu menyediakan bahan promosi. Foto produk, poster jualan dan kapsyen media sosial biasanya akan disediakan oleh pihak pengasas atau pemilik jenama tersebut. 

 

Penting untuk anda memilih jenama yang terkenal kerana ia sudah mempunyai pengikut yang tersendiri. Anda tidak perlu bersusah payah mencari dan mengumpul pelanggan baru jika menjual jenama yang sudah dikenali. 

 

4. Sediakan penghantaran yang cekap 

 

 

Salah satu faktor penting yang perlu diutamakan ketika menjalankan urus niaga adalah untuk memastikan kebajikan pelanggan dijaga dengan sebaiknya.  

 

Pilih khidmat penghantaran yang cekap supaya barangan yang dipesan oleh pelanggan selamat tiba ke destinasi dan diterima dalam keadaan baik tepat pada waktu. 

 

Ketika musim perayaan, penyedia servis penghantaran selalunya akan menetapkan tarikh akhir penghantaran bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan barang atau kelewatan. 

 

Sebagai ejen yang bertanggungjawab, anda harus tahu bilakah tarikh akhir penghantaran (cut-off date) kurier yang anda gunakan. 

 

Unifi Business Club (UBC) menawarkan banyak program keusahawanan percuma untuk membantu PMKS mengendalikan perniagaan. 

 

Sertai komuniti Unifi eCommerce Hub hari ini agar anda berpeluang mencapai impian untuk bergelar usahawan berjaya! 

Solusi berkaitan

image

Dapatkan pek kupon bernilai RM300…

Solusi

0

Lalamove

Penghantaran Barangan Bisnes 'On Demand…

  • Mengurangkan kos tetap
  • Bayar hanya apa yang anda perlukan
  • Pilihan pelbagai destinasi penghantaran
  • Penghantaran secara 'on-demand'
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

2

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug-in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi
image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solusi

0

Akademi AirAsia

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​