Artikel

Macam Mana Nak Tarik Perhatian Pelanggan? Ketahui 5 Jenis Video Pemasaran yang Berkesan!

Jualan & Pemasaran
Tip & Panduan

11 Jul 2023 • Bacaan 3 minit

Gambar dan kapsyen yang menarik sahaja tak cukup untuk menaikkan jenama anda. Bidang pemasaran dalam talian amat luas dan harus diterokai sehabis mungkin bagi memperkenalkan perniagaan anda secara lebih kreatif, sesuai mengikut peredaran zaman.

 

Setiap hari akan ada trend media sosial yang berubah-ubah. Menaikkan jumlah pengikut atau pelanggan memerlukan usaha yang berterusan. Bagi menjamin jenama anda terus dikenali, pelbagai strategi hendaklah dirancang agar perniagaan tidak ketinggalan dan tenggelam dari kaca mata para pengguna.

 

Kebanyakan pengguna media sosial lebih gemar menonton video daripada membaca. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan video sememangnya merupakan kaedah pemasaran digital yang relevan! Untuk membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya, kami kongsikan jenis-jenis video yang anda boleh manfaatkan.

 

Antara faktor mengapa anda harus menggunakan video sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran:

 

  1. Pelanggan rasa lebih yakin membuat keputusan untuk membeli secara dalam talian.

  2. Mesej yang disampaikan lebih mudah diingati berbanding membaca teks.

  3. Sebanyak 64% pengguna akan membeli produk selepas menonton video yang menarik.

Sumber: HubSpot

 

Video merupakan medium yang dapat menarik perhatian penonton dengan lebih pantas dan efektif berbanding teks yang terlalu sarat dengan maklumat. Jom ketahui apa agaknya jenis video menarik yang berupaya menambat hati pelanggan dan prospek.

 

UBC_Macam Mana Nak Tarik Perhatian Pelanggan Ketahui 5 Jenis Video Pemasaran yang Berkesan

 

1. Video jenama

 

Video ini berkesan untuk memperkenalkan jalan cerita jenama serta nilai utama perniagaan anda bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan. Anda boleh mencipta personaliti jenama yang diyakini pelanggan untuk mengumpul pengikut dan peminat setia jenama anda.

 

Sebagai contoh, video jenama jenis animasi merupakan salah satu cara terbaik untuk memasarkan perniagaan anda. Pelbagai watak boleh dicipta dan segala imaginasi boleh direalisasikan untuk dijadikan jalan cerita yang lebih menyeronokkan.

 

Visual yang dipaparkan dapat meninggalkan impak emosi yang baik terhadap pelanggan. Yang penting, video jenama yang ingin dihasilkan hendaklah berdurasi pendek dengan info yang diperlukan sahaja.

 

UBC_Macam Mana Nak Tarik Perhatian Pelanggan Ketahui 5 Jenis Video Pemasaran yang Berkesan

 

2. Video penjelasan

 

Pada peringkat awal perniagaan, mungkin ada sesetengah pelanggan tidak tahu apa fungsi sebenar produk anda. Mungkin ramai tertanya-tanya apakah ia dapat boleh menyelesaikan masalah mereka atau apa kelebihan yang akan diterima sekiranya mereka menggunakan produk atau perkhidmatan yang disediakan.

 

Oleh itu, anda perlu hasilkan video penjelasan. Video ini akan menjawab kesemua pertanyaan dan kemusykilan pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan anda. Untuk hasil yang lebih berkesan, anda boleh lakukannya secara bersiri untuk memastikan pelanggan terus menonton video-video yang diterbitkan.

 

Kalau anda nak tahu, video yang berinformasi lebih kerap ditonton dan dikongsikan dengan meluas di setiap platform media sosial secara berterusan berbanding video yang menjual sahaja.

 

UBC_Macam Mana Nak Tarik Perhatian Pelanggan Ketahui 5 Jenis Video Pemasaran yang Berkesan

 

3. Video ulasan produk

 

Ulasan produk atau product review telah lama digunakan sebagai taktik pemasaran di media sosial, sama ada secara percuma iaitu ulasan daripada pelanggan yang telah menjadi peminat atau melalui pempengaruh media sosial yang berbayar. Apa pun, video jenis ini mampu membina keyakinan pelanggan yang teguh terhadap jenama anda.

 

Video ulasan produk memaparkan keberkesanan, kelebihan dan fungsi sesuatu produk atau servis yang anda tawarkan. Ia mampu memperluaskan lagi empayar perniagaan anda dengan pantas dan berkesan kerana maklumat yang disampaikan oleh pihak ketiga lebih mudah mempengaruhi pengikut media sosial.

 

Secara tidak langsung, anda berupaya memperoleh pelanggan baru yang berpotensi untuk menyebarkan mesej sama kepada pengikut di akaun media sosial mereka.

 

UBC_Macam Mana Nak Tarik Perhatian Pelanggan Ketahui 5 Jenis Video Pemasaran yang Berkesan

 

4. Video siaran langsung

 

Sekiranya anda ingin meningkatkan penglibatan pelanggan (customer engagement) dengan cepat, video siaran langsung (live) ialah jawapan yang tepat!

 

Platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok ada menyediakan ciri siaran langsung. Pengikut profil anda akan menerima notifikasi setiap kali anda sedang bersiaran langsung. Justeru, ambil kesempatan tersebut untuk selalu berinteraksi dengan pelanggan secara lebih dekat.

 

Kelebihan video jenis ini adalah semasa anda sedang bersiaran, para pengikut anda boleh bertanyakan soalan dan mendapat jawapan secara terus. Mereka tak perlu menunggu lama untuk menerima maklum balas seperti mesej di ruang direct message.

 

Anda juga berpeluang untuk memperkenalkan perniagaan anda dengan lebih santai. Lebih banyak video langsung yang anda hasilkan, lebih ramai penonton baru yang akan mengikuti perkembangan perniagaan anda. Selain itu, anda dapat melakukan demonstrasi produk secara lebih teliti dan berkesan. Jadi, penonton lebih cenderung untuk membeli tanpa berfikir dua kali.

 

UBC_Macam Mana Nak Tarik Perhatian Pelanggan Ketahui 5 Jenis Video Pemasaran yang Berkesan

 

5. Video budaya syarikat

 

Budaya syarikat yang bagus menunjukkan bahawa produk atau servis yang ditawarkan datang daripada perniagaan yang hebat.

 

Merakam suasana, persekitaran dan warga kerja yang bertungkus lumus di belakang tabir adalah salah satu cara terbaik untuk menjentik emosi dan membina hubungan yang utuh dengan pelanggan anda. Ia juga dapat menguatkan imej perniagaan anda dan meraih sokongan padu daripada pelanggan.

 

Kongsikan detik-detik indah seperti percutian atau pemberian hadiah kepada staf sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa bekerja keras dalam menjayakan matlamat syarikat. Secara tidak langsung, akan ada bakat-bakat baru yang berminat untuk menyertai syarikat dan bersama-sama mengembangkan perniagaan anda.

 

Ayuh! Sudah tiba masanya untuk anda mulakan langkah. Hasilkan video bagi menarik perhatian penonton dan bina jenama anda dengan cara yang lebih dinamik!

 

Anda mahu maksimumkan strategi pemasaran dan belanjawan pengiklanan? Jalankan kempen pemasaran digital anda dengan Digital Marketing Solution (DMS) daripada Unifi Business. Banyak kelebihan menanti anda! Kunjungi laman DMS sekarang untuk info lanjut.

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

10,000 emel PERCUMA setiap bulan tanpa…

Solusi

0

Enginemailer

Nikmati Solusi Pemasaran Emel yang…

  • Saring dan bina lebih banyak hubungan
  • Rekaan yang melengkapi kempen
  • Hantaran emel yang tepat kepada pengguna yang disasarkan
  • Memantau dan mengoptimumkan kempen
image

Ahli UBC nikmati DISKAUN 50% atas semua…

Solusi

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Analitik bisnes yang melancarkan operasi