Artikel

Peniaga Haiwan Peliharaan di Pedalaman Sabah Jangkau Pelanggan dari Seluruh Negeri

Digitalisasi

02 Aug 2024 • Bacaan 3 minit

Siapa sangka kedai kecil yang terletak di kawasan pedalaman Sabah mampu menarik pelanggan dari pelbagai lokasi seluruh negeri. Hendrick J Langkan, pemilik Telupid Petshop yang terletak di Kampung Gambaron, Telupid, pada asalnya hanya ingin memenuhi keperluan kucing peliharaan beliau dan penduduk di sekitar daerah.

 

Beliau yang memiliki lebih 10 ekor kucing di samping kerap menyelamatkan kucing liar membuat keputusan untuk membuka kedai haiwan peliharaan selepas menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan kucing serta keperluan lain seperti pasir dan ubat-ubatan ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 pada Mac 2021.

 

Hendrick membuka kedai pertamanya di Kampung Gambaron pada Mac 2021

 

Menurut Hendrick, penduduk di sekitar Telupid yang memiliki haiwan peliharaan terpaksa mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain daripada kedai-kedai di pekan Ranau atau Sandakan yang terletak kira-kira dua ke tiga jam perjalanan dari Telupid.

 

Di daerah Telupid ini tidak ada kedai khusus haiwan peliharaan. Ada pun kedai penternakan dan pertanian yang sangat terhad pilihan produknya. Jadi kami orang Telupid terpaksa travel (pergi) sejauh 130 km atau tiga jam perjalanan ke Sandakan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan semasa negara menghadapi pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 memburukkan lagi keadaan kerana penduduk tidak dibenarkan keluar daerah untuk jangka masa yang panjang. Keadaan inilah yang membuatkan saya terfikir untuk mengusahakan kedai haiwan peliharaan sendiri,” kata Hendrick.

 

Beliau memulakan perniagaan dengan dana RM40,000 daripada simpanan peribadi yang digunakan untuk membuat renovasi kedai dan membeli beberapa jenis produk asas berkaitan kucing serta kelengkapan kedai seperti rak simpanan dan kaunter pembayaran. Hendrick, yang dibantu oleh adik lelaki beliau untuk menguruskan perniagaan, mula mempelbagaikan produk dan menawarkan haiwan peliharaan selepas tiga bulan berniaga dengan mendapatkan bekalan terus daripada pengedar dan pembiak haiwan peliharaan.

 

Ikan hiasan seperti arowana merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan penduduk di Telupid

 

“Hamster merupakan haiwan peliharaan pertama yang kami tawarkan diikuti dengan Ikan Laga (Betta fish) yang popular dalam kalangan peminat ikan hiasan. Hamster menjadi pilihan pertama saya kerana ia masih kurang dikenali sebagai haiwan peliharaan di sini dan oleh itu mempunyai potensi besar untuk menarik pelanggan terutamanya kanak-kanak,” kata Hendrick yang menawarkan pakej set lengkap di bawah RM50 bagi menarik pelanggan dalam kalangan kanak-kanak untuk memelihara hamster.

 

Hendrick yang melanggan Jalur Lebar Perniagaan dan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business kini menawarkan pelbagai jenis haiwan peliharaan dan produk ciptaan sendiri di bawah jenama Cocopet. Beliau juga telah membuka tiga cawangan kedai di daerah Telupid dalam masa tiga tahun. Katanya, penggunaan Internet fiber sangat penting kerana bekalan elektrik kerap terputus di Sabah dan ini menjadi masalah untuk memasang sistem kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan melayani permintaan serta pertanyaan pelanggan di pelbagai platform digital.

 

Minyak kelapa dara dan fiber sabut kelapa merupakan antara produk ciptaan sendiri yang ditawarkan Hendrick di bawah jenama Cocopet

 

“Sebelum ini saya menggunakan Internet kabel. Masalahnya, bila bekalan elektrik terputus, talian Internet juga terputus. Sebaliknya, dengan Internet fiber (Jalur Lebar Perniagaan) Unifi Business, saya masih boleh mengakses Internet walaupun bekalan elektrik terputus dengan bantuan generator set (set penjana elektrik) bagi menghidupkan router (penghala),” jelas Hendrick.

 

Tambah beliau, dengan bantuan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business, jualan dalam talian dan kedai fizikal bagi haiwan peliharaan dan produk keperluan haiwan meningkat antara 20% ke 25% sebulan dan beliau menerima tempahan dari pelanggan di pelbagai lokasi seluruh Sabah.

 

“Ada antara pelanggan kami daripada luar Telupid yang menempah haiwan peliharaan seperti kucing secara dalam talian. Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran khas bagi memastikan haiwan peliharaan yang ditempah berada dalam keadaan selamat terutamanya perjalanan yang memakan masa beberapa jam. Setakat ini, pelanggan dalam talian yang paling jauh yang pernah kami terima adalah dari Tawau yang terletak hampir 6 jam dari Telupid,” kata Hendrick.

 

Unifi Business menawarkan pelbagai penyelesaian digital bagi membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjayakan perniagaan mereka. Layari laman web Unifi Business untuk maklumat lanjut.

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas
image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima