Article

Nak Berniaga Menggunakan Media Sosial? Elak Lakukan 4 Kesilapan Ini

Jualan & Pemasaran
Tip & Panduan

06 Jun 2023 • 3 min read

Platform media sosial memberi banyak faedah terutama sekali buat usahawan yang giat memasarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian. Namun, ada beberapa kesalahan penggunaan media sosial yang boleh menjejaskan perniagaan anda.

 

Pengiklanan di media sosial yang berkesan dapat membina reputasi perniagaan serta menggalakkan peningkatan angka jualan. Media sosial boleh menjadi aset yang berharga untuk mempromosi jenama secara meluas ke pasaran dalam talian, selain berupaya memupuk hubungan baik antara usahawan dengan pembeli melalui interaksi dua hala yang proaktif. 

 

Pemilik perniagaan hari ini perlu mempunyai kemahiran dan literasi asas dalam bidang pemasaran digital. Realitinya, landskap pemasaran digital di negara kita semakin berkembang pesat. Peralihan ke arah digitalisasi khususnya yang berlaku dalam kalangan perniagaan kecil telah menyumbang kepada pertambahan perbelanjaan bagi aktiviti pengiklanan digital terutamanya di media sosial. 

 

Menurut statistik yang diterbitkan oleh Meltwater, perbelanjaan media digital di Malaysia mencatatkan peningkatan pada 2023 dengan pelaburan perniagaan berjumlah AS$747.5 juta. 

 

Pengiklanan video juga meningkat sebanyak 23.7%. Iklan video di media sosial menjadi saluran utama yang digunakan oleh pengguna di Malaysia untuk mengenali sesuatu jenama sebelum melakukan pembelian. 

 

Justeru, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan harus bijak mengatur strategi media sosial yang bersesuaian bagi memastikan keberkesanannya dalam memasarkan jenama dan produk. 

 

Kegagalan merancang serta melaksanakan pelan jualan di peringkat awal perniagaan hanya akan membazirkan waktu, tenaga dan wang yang dibelanjakan bagi tujuan kempen dan promosi. 

 

Kami senaraikan beberapa kesalahan penggunaan media sosial yang boleh dijadikan rujukan oleh PMKS yang menceburi perniagaan digital. 

 

1. Hanya memuat naik iklan 

 

Orang ramai menggunakan media sosial untuk berhubung, berhibur dan mendapatkan maklumat. Sebagai pemilik perniagaan, anda tidak boleh melakukan promosi secara berlebihan kerana dikhuatiri akan membuatkan pengikut berasa bosan dengan taktik jualan anda yang agak keterlaluan (hard sell). 

 

Selain iklan, muat naik juga kandungan yang berkualiti untuk para pengikut. Selitkan elemen santai yang bersifat hiburan supaya mereka berasa seronok untuk lebih mengenali jenama anda. Jika perniagaan anda menjual kosmetik, muat naik kandungan berinformasi seperti tip kecantikan atau demonstrasi solekan yang dapat memberi faedah kepada penonton. 

 

2. Tidak mempedulikan komen negatif  

 

Inserting image... 

Kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan dalam talian ialah menganggap ulasan negatif daripada pelanggan itu umpama sesuatu yang memburukkan imej syarikat, walhal ia sepatutnya diterima sebagai maklum balas konstruktif bagi memperbaiki kelemahan dalam perniagaan. 

 

Ambil kira kesemua ulasan yang ditinggalkan di ruangan komen media sosial perniagaan anda. Komen atau ulasan negatif sebenarnya berupaya membantu anda menambah baik produk serta kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. 

 

3. Membeli pengikut palsu 

 

Kerana mahu dianggap popular, ramai usahawan mengambil jalan pintas dengan membeli pengikut palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Ia mungkin membuatkan perniagaan anda kelihatan gah. Namun begitu, kewujudan para pengikut palsu tidak dapat menjamin peningkatan jualan kerana mereka hanyalah robot yang dikawal melalui sistem. 

 

Cara yang betul untuk mendapatkan pengikut media sosial perniagaan anda adalah dengan menjalankan aktiviti menarik seperti memuat naik kandungan berbentuk video, menganjurkan peraduan atau menulis kapsyen yang kreatif. Ingat, pengikut palsu boleh mencalarkan imej perniagaan sekali gus menyebabkan anda kehilangan pelanggan dan prospek! 

   

4. Memaparkan kandungan sama di semua akaun media sosial 

 

Inserting image... 

Demi memastikan strategi pemasaran yang dipraktikkan mampu memberi pulangan yang menguntungkan, anda harus membuat perancangan kandungan (kalendar kandungan) secara sistematik. Format hantaran (posting) yang digunakan di setiap saluran media sosial perniagaan hendaklah bersesuaian dengan fungsi serta jenis media sosial. 

 

Sebagai contoh, perkongsian video sesuai dibuat di aplikasi TikTok atau Instagram kerana ia menawarkan ciri yang membolehkan pengguna menyunting klip video pada kadar segera sebelum melakukan hantaran. Facebook dan Twitter pula lebih berkesan dijadikan platform untuk hantaran yang berasaskan penulisan berserta gambar. 

 

Serlahkan potensi perniagaan anda dengan Digital Marketing Solution yang menawarkan pengiklanan di Facebook dan Google serta REV Media Group.

 

Langgan pakej pemasaran digital ini bagi menjayakan kempen pemasaran anda. Khidmat pereka grafik dan penulis iklan turut diberikan! 

Related solutions

image

10,000 emel PERCUMA setiap bulan tanpa…

Solutions

0

Enginemailer

Nikmati Solusi Pemasaran Emel yang…

  • Saring dan bina lebih banyak hubungan
  • Rekaan yang melengkapi kempen
  • Hantaran emel yang tepat kepada pengguna yang disasarkan
  • Memantau dan mengoptimumkan kempen
image

Ahli UBC nikmati DISKAUN 50% atas semua…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Analitik bisnes yang melancarkan operasi
image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solutions

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi