Artikel
Elak Kerugian dengan Pengurusan Inventori yang Betul
10 Mar 2023 • Bacaan 3 minit
Banyak faedah dapat diperoleh apabila anda mengamalkan tatacara pengendalian stok perniagaan secara sistematik.
Semakin hari semakin ramai peniaga beralih ke platform e-dagang bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kekal relevan.
Adaptasi teknologi baharu dan peranti terkini membuatkan aktiviti jual beli serta pengurusan perniagaan menjadi lebih teratur. Pendigitalan juga berupaya meningkatkan produktiviti dan operasi termasuklah amalan pengurusan inventori yang cekap.
Kepentingan pengurusan inventori
Pengurusan inventori yang berkesan dapat mengelakkan risiko kehabisan stok jualan dalam stor simpanan. Dengan mematuhi prosedur inventori yang ditetapkan, anda juga dapat melakukan pembelian mengikut pengkhususan dan perancangan bagi mengelakkan pembaziran.
Membeli banyak stok pada satu-satu masa bukan hanya akan menyukarkan anda untuk menyediakan ruang penyimpanan yang mencukupi, bahkan turut menjejaskan kualiti barangan apabila ia disimpan terlalu lama.
Manfaatkan perisian inventori
Gunakan perisian inventori dalam talian yang dapat memaparkan analisis jualan secara langsung. Unifi Business Club (UBC) menawarkan banyak penyelesaian digital untuk membantu anda memajukan perniagaan dengan cemerlang!
Dengan adanya sistem kawalan serta pengurusan inventori yang boleh dioperasikan secara automatik, anda dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha membaik pulih perniagaan.
Faedah eksklusif untuk ahli UBC: UBC menyediakan solusi hebat untuk pelanggan Unifi Business yang berdaftar. Manfaatkan aplikasi terkini seperti Bizapp untuk menjejak jualan serta menguruskan inventori syarikat dan transaksi pembelian secara serentak.
Jual mengikut turutan
Produk yang hendak dipasarkan haruslah dijual mengikut turutan berdasarkan tarikh produksi barangan atau tarikh pengambilan daripada pembekal. Susun produk yang lebih lama di bahagian hadapan rak manakala produk yang baru pula diletakkan di bahagian belakang.
Amalan inventori ini perlu dipatuhi peniaga seandainya barangan yang dijual ialah produk yang mempunyai tarikh luput atau jangka hayat pendek seperti makanan, kosmetik dan bunga segar.
Anda harus mendahulukan produk yang akan tamat tempoh lebih awal bagi memastikan pengurusan inventori dapat memberi kesan yang positif terhadap perniagaan. Dengan cara ini, pembuangan produk dapat dikawal bagi mengelakkan kerugian.
Kaji tahap permintaan produk
Berhenti mengambil stok baru jika item sama yang berusia lebih 12 bulan masih berada dalam simpanan anda. Guna strategi pemasaran yang bijak untuk menjual produk tersebut pada kadar segera sebelum ia tamat tempoh atau rosak.
Anda mungkin boleh lakukan promosi separuh harga atau tawarkannya sebagai hadiah percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian pada harga tertentu. Anda tetap akan meraih pulangan walaupun nilainya tidak seberapa.
Lakukan audit secara berkala
Walaupun syarikat anda menggunakan perisian inventori dalam talian yang dapat membantu menjejak jumlah stok semasa secara automatik, anda tetap perlu melakukan audit fizikal secara berkala.
Langkah ini penting bagi memastikan barang dagangan sentiasa mencukupi untuk menampung penjualan dan operasi perniagaan anda dari semasa ke semasa.
Proses pemeriksaan atau pengesahan stok boleh dilakukan setiap bulan bagi perniagaan bersaiz kecil dan enam bulan sekali bagi perniagaan yang berskala besar.
Utamakan pengawalan kualiti
Pastikan kualiti produk yang hendak dijual terjamin agar pelanggan tidak berasa terpedaya kerana menerima barangan tamat tempoh atau rosak. Salah satu cara untuk mengawal kualiti barangan adalah dengan menjalankan pemeriksaan sewaktu melakukan audit.
Sebagai contoh, periksa bungkusan serta label yang dipaparkan bagi memastikan produk jualan berada dalam keadaan baik.
Selain itu, anda boleh melantik pegawai stor supaya proses kawalan kualiti dapat dilaksanakan dengan efektif. Individu ini bertanggungjawab untuk mengendalikan proses tempahan, menerima penghantaran serta memastikan aktiviti keluar masuk barang dagangan berjalan mengikut perancangan.
Tingkatkan kelancaran operasi perniagaan dengan penyelesaian daripada UBC! KryptoPOS menawarkan sistem kawalan stok dalam talian yang strategik bagi memudahkan aktiviti jualan anda.
Solusi berkaitan
Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…
KryptoPOS
Penyelarasan Penuh Titik Jualan
- Sistem berasaskan awan
- Analitik masa nyata
- Inventori & transaksi
- Pengurusan pekerja
Urusan bisnes dalam genggaman!
Bizapp
Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…
- Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
- Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
- ‘Woo-commerce’ dan ‘plug-in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
- Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi
Artikel berkaitan
Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya
26 Jan 2023 • Bacaan 4 minit
4 Jenis Storan Awan (‘Cloud Storage’) yang Anda Perlu Tahu
19 Jan 2023 • Bacaan 4 minit
Perisian Perniagaan yang Anda Boleh Manfaatkan Sebagai Ahli Unifi Business Club (UBC)
31 Jan 2023 • Bacaan 3 minit
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Dalami topik yang menjadi keutamaan anda
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang