Artikel
OHSEM Marketing 360° 2024 Berjaya Menarik 4,000 Pengunjung
24 Jun 2024 • Bacaan 5 minit
Acara ‘OHSEM Marketing 360° Bersama Media Prima’ (OHSEM360) yang diperkenalkan pada 2023 bagi memperkasakan PMKS dengan teknologi dan solusi pemasaran terkini kembali diadakan pada tahun ini dengan menghimpunkan 25 pakar industri, 40 pempamer dan 4,000 pengunjung. Ia dijayakan oleh Dattel Asia Group dan Media Prima Berhad dengan sokongan MDEC dan kerjasama daripada pelbagai pemain industri termasuk Unifi Business, REV Media Group dan Media Prima Omnia Sdn Bhd.
Ketua Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, berkata penglibatan Unifi Business sebagai Rakan Strategik Platinum dalam acara tersebut bagi kali yang kedua mencerminkan dedikasi mereka dalam membantu perkembangan digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merupakan penggerak ekonomi negara.
Seperti tahun sebelumnya, Mohamad Yusman dan beberapa pakar industri daripada Unifi Business turut dijemput untuk menyampaikan ceramah dan menjadi moderator pada acara tersebut yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada awal Jun lepas.
Antara topik yang dibincangkan di acara tersebut termasuk penggunaan penyelesaian digital dengan perkongsian pengalaman daripada beberapa usahawan PMKS berjaya yang merupakan pelanggan Unifi Business sendiri, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan data bagi memenangi hati pelanggan, serta mengimbangi penggunaan AI bagi penciptaan kandungan yang berkualiti.
Unifi Business juga merupakan antara pempamer yang menawarkan pelbagai penyelesaian digital yang dapat membantu usahawan PMKS mengukuhkan lagi perniagaan mereka. Beberapa pelanggan Unifi Business yang juga usahawan PMKS berjaya turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman di samping mempromosikan produk mereka di reruai yang sama. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian yang ditawarkan Unifi Business boleh menghadiri sesi taklimat khusus yang disampaikan melalui beberapa slot.
Sempena acara OHSEM360 tahun ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut melancarkan MyDataHub.ai yang membolehkan PMKS mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dengan dana tersedia mencapai RM150 juta. Platform data tersebut dijayakan dengan kerjasama Dattel Asia Group (DTL) yang bertindak sebagai pengendali platform.
Dengan menghubungkan pelbagai platform digital popular seperti kedai e-dagang, tempat jualan (point of sales), sistem perakaunan, e-dompet, sistem pembayaran dan media sosial, MyDataHub.ai juga menjadikan pengurusan, pengawalan dan perkongsian pelbagai data perniagaan lebih mudah dan cepat. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengumpul data pelanggan bagi merancang aktiviti pemasaran dengan pulangan pelaburan yang lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz, berkata MyDataHub.ai yang dibina selari dengan Dasar Perkongsian Data Nasional, direncanakan bagi membina ekosistem data yang berkembang dan komprehensif, yang seterusnya mempercepatkan serta memajukan digitalisasi pelbagai sektor dengan membenarkan aliran dataset berkualiti tinggi dan relevan secara lancar dalam ekosistem data, dengan memberi fokus kepada beberapa sektor khusus termasuk Bandar Digital yang kini dalam perancangan.
Tambahnya, bagi menyokong usahawan PMKS, platform MyDataHub.ai akan memberi keutamaan kepada tiga kumpulan pengguna iaitu rakan pembiayaan, rakan pemasaran dan juga rakan platform perniagaan digital.
“Perkhidmatan pembiayaan dan pemasaran hanya permulaan kepada apa yang MyDataHub.ai tawarkan dan saya berharap melalui lebih kerjasama, kita akan mengembangkan lagi perkhidmatan dan penyedia perkhidmatan,” kata Ts. Mahadhir yang ditemui selepas melancarkan platform tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Group, Ashran Dato Ghazi, berkata dianggarkan 1,500 PMKS dapat memperoleh manfaat daripada dana kolektif yang ditawarkan oleh tiga syarikat pembiayaan sedia ada iaitu Choco Up, Jenfi, Funding Societies dan Du-itX.
Pada masa ini, EasyStore dan Desamall merupakan rakan digital bagi MyDataHub.ai. Walau bagaimanapun, menurut Ts. Mahadhir, perancangan sedang dijalankan untuk bekerjasama dengan pasaran digital tempatan lain seperti Lazada, Shopee dan TikTok pada masa akan datang. Manakala REV Media Network (Media Prima), Unifi Business, Media Chinese International Limited (MCIL) dan MGID merupakan rakan pemasaran sedia ada.
Lawati halaman Artikel dan Acara portal Unifi Business Club untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan program anjuran Unifi Business dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri yang dapat memberi manfaat kepada PMKS.
Solusi berkaitan
Iklankan bisnes anda di platform percuma
Dattel
Sasaran Pelanggan Pelbagai Media
- Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
- Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
- Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
- REV ads manager
- Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
- Data ruang kerja yang berbilang dimensi
Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda
Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani
Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda
- Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
- Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
- 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…
ScoreXcess
Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…
- Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
- Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
- Dikuasakan oleh CEDAR
- 'Onboarding' ringkas
Artikel berkaitan
Nak Dapatkan Pembiayaan Perniagaan? Ini Caranya untuk Kurangkan Risiko
15 May 2024 • Bacaan 6 minit
TM Lancar Aplikasi Penjagaan Kesihatan Digital Pertama untuk Komuniti Farmasi
05 Apr 2024 • Bacaan 5 minit
Strategic Partner Spotlight: Unifi Business Club x eDesa
26 Apr 2024 • Bacaan 3 minit
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Dalami topik yang menjadi keutamaan anda
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang