Artikel

Pemasaran dan Kehadiran Digital Penting untuk Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Pemasaran & Penjenamaan

10 Sep 2024 • Bacaan 3 minit

Pengusaha syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 100% sebulan selepas mengiklankan syarikat beliau menggunakan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business, di samping aktif di media sosial. Pemilik syarikat yang berusia lebih tiga dekad itu mengakui kepentingan pemasaran dan kehadiran digital dalam membina imej syarikat dan seterusnya meraih keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Tineshwara Rao, yang membantu ayahnya menguruskan perniagaan, mendedahkan mereka hanya menerima kurang daripada 10 pelanggan seminggu sebelum menggunakan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business. Katanya, keadaan ini berterusan selama beberapa tahun sehingga memaksa beliau meninggalkan kerjaya sebagai chef dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelamatkan perniagaan keluarganya yang semakin merosot.

“Kami akui industri yang kami ceburi sangat mencabar terutamanya dengan bilangan pesaing yang tinggi dan peraturan ketat yang dikenakan kerajaan. Pada masa yang sama, agak sukar untuk kami memperoleh kepercayaan pengguna yang kebanyakannya mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang terhad tentang kawalan serangga dan makhluk perosak. Terdapat juga kes-kes penipuan dilaporkan di mana syarikat yang diupah tidak menggunakan bahan kimia yang sepatutnya. Oleh itu, kami cuba untuk lebih aktif di media sosial untuk mendidik dan meyakinkan pengguna mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan, selain memberi lebih keutamaan kepada pemasaran digital,” jelas beliau.

 

Menurut Tineshwara, antara cabaran utama perniagaannya adalah pekerja yang diupah mesti mempunyai lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak yang perlu diperbaharui setiap tahun, selain wajib menghadiri kursus tahunan

 

Menurut Tineshwara, dengan dana syarikat yang terhad, beliau terpaksa bergantung pada alat digital percuma seperti Canva dan ChatGPT untuk menghasilkan kandungan media sosial dan iklan digital: “Pada awalnya, semua hal berkaitan penciptaan kandungan dan strategi kempen pemasaran saya uruskan sendiri walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut. Kami juga memperuntukkan RM300 sebulan untuk pengiklanan syarikat di media sosial. Namun, jumlah pelanggan yang diterima tidak banyak berubah. Oleh sebab itu, apabila Unifi Business menawarkan Penyelesaian Pemasaran Digital dengan bayaran RM50 hingga RM200 sebulan, kami tidak teragak-agak untuk mencuba,” tambah beliau.

Dengan strategi kempen pengiklanan yang lebih fokus dan terancang, perniagaan keluarga Tineshwara kini mencatatkan pendapatan bulanan yang jauh lebih tinggi dan stabil: “Di Pulau Pinang sahaja, jumlah pelanggan kami telah mencecah 800 sebulan. Kami juga menerima permintaan daripada pelanggan di negeri lain termasuk Kedah, Perlis, Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur. Dengan jumlah pelanggan yang meningkat di pelbagai negeri, kami merancang untuk membuka cawangan di Lembah Klang di samping menambah tenaga kerja dan peralatan di Pulau Pinang,” kata Tineshwara.

Sebagai jenama yang menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), Unifi Business menawarkan pelbagai penyelesaian inovatif yang dapat membantu usahawan PMKS mengembangkan perniagaan mereka. Antaranya adalah Penyelesaian Pemasaran Digital yang merangkumi perkhidmatan penulisan iklan, reka bentuk grafik, dan pengurusan kempen pemasaran. Layari laman web Unifi Business untuk maklumat lanjut.

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas