Artikel

Pengusaha Bengkel Kereta Tarik Pelanggan Dengan Media Sosial

Digitalisasi
Digitasi
Pemasaran & Penjenamaan

02 Sep 2024 • Bacaan 3 minit

Usahawan muda, Dinie Hazwan Ahmad Tajol Aros, berjaya meningkatkan pendapatan perniagaan kecilnya sebanyak 60% setahun, dengan jumlah pendapatan tahunan mencecah RM480,000 melalui penggunaan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business. Dinie, yang mengusahakan bengkel kereta di Seremban, Negeri Sembilan sejak Mac 2020, mengakui kehadiran digital yang kukuh dan pemasaran digital yang berkesan memainkan peranan penting bagi kelangsungan perniagaannya.

 

Menurut Dinie, usahawan perlu mengambil kesempatan dengan menggunakan teknologi terkini dan media sosial bagi membina reputasi syarikat dan memenangi hati pelanggan: “Bengkel saya terletak di kawasan perindustrian di mana terdapat 40 bengkel lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Kalau bukan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram, bagaimana saya dapat menarik pelanggan dan bersaing dengan peniaga lain? Pengiklanan dan kehadiran digital memang sangat penting. Saya tak boleh hanya mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan untuk mempromosikan bengkel saya dari mulut ke mulut. Saya pun tak ramai kenalan,” katanya.

 

Dinie, yang memiliki Sijil Teknologi Automotif, dibantu oleh beberapa orang pekerja di bengkelnya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan

 

Tambah Dinie, beliau sebelum ini menguruskan sendiri pemasaran bengkelnya, termasuk penciptaan kandungan bagi media sosial, namun menghadapi kesukaran kerana kos pengiklanan yang tinggi dan pengetahuan yang terhad: “Bagi tiga tahun pertama, saya telah membelanjakan dalam RM14,000 setahun untuk kos pengiklanan di beberapa platform media sosial. Walaupun saya telah mengikuti kursus pemasaran digital, masih banyak yang tidak saya fahami, terutamanya mengenai pengurusan bajet. Pengetahuan dari segi reka bentuk grafik dan penulisan iklan saya juga amat terhad.

 

“Pakej pemasaran digital yang ditawarkan Unifi Business sangat membantu bukan saja kerana jumlah kos pengiklanan yang jauh lebih rendah (RM2,400 setahun), tetapi mereka juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk grafik, penulisan iklan dan pengurusan kempen, semuanya di dalam satu pakej. Sekarang saya boleh memberi fokus kepada kerja-kerja di bengkel,” jelas Dinie yang juga aktif memuat naik kandungan berkaitan tip penjagaan kereta dan aktiviti di bengkel beliau di media sosial.

 

Dinie yang baru berusia 27 tahun, merancang untuk membuka sebuah cawangan di Shah Alam, Selangor pada akhir tahun ini. Beliau juga sedang dalam perbincangan untuk bekerjasama dengan syarikat insurans untuk disenaraikan sebagai salah sebuah bengkel panel yang diberi kuasa bermula pada 2025.

 

Selain daripada penyelesaian pemasaran digital, Unifi Business juga menawarkan pelbagai penyelesaian digital lain bagi membantu perusahaan micro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan daya saing mereka dan menjadi lebih berjaya. Ini termasuk penstoran awan dan keselamatan siber. Lawati portal Unifi Business untuk maklumat lanjut.

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas