Artikel

PMKS Digesa Mengadaptasi Teknologi Terkini untuk Kekal Berdaya Saing

Solusi Digital

20 Sep 2024 • Bacaan 3 minit

Kemampuan untuk mengadaptasi teknologi baru, terutamanya kecerdasan buatan (Artificial Intelligence atau AI), adalah kunci bagi usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) untuk terus berdaya saing, kata Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail. Menurut beliau, kecerdasan buatan telah mengubah landskap perniagaan dan cara kehidupan masyarakat di serata dunia hari ini, dan keadaan ini mewujudkan pelbagai peluang baru, di samping cabaran baru yang harus dihadapi oleh perniagaan khususnya di masa akan datang.

“Lebih 50% daripada pekerjaan yang wujud pada hari ini akan digantikan dengan pekerjaan yang baru. Ini bukan sahaja menggambarkan cabaran pada masa hadapan, tetapi juga peluang yang akan wujud. Saya percaya ini adalah masa terbaik untuk PMKS mengadaptasi dan menggabungkan teknologi-teknologi terbaru,” jelas Ashwad dalam ucapan pelancaran acara Jelajah Jiwa SME 2024 di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru.

Siri Jelajah Jiwa SME, yang merupakan program anjuran Astro AWANI Network Sdn Bhd (Astro AWANI), kembali diadakan pada tahun ini di tiga lokasi bermula di Johor Bahru (6 dan 7 Julai), diikuti dengan Ipoh (28 dan 29 September), dan Shah Alam (25–27 Oktober). Program yang telah memasuki edisi keempat sejak diperkenalkan pada tahun 2019 ini dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Unifi Business sebagai penaja utama.

Menurut Ashwad, program tersebut bertujuan untuk mengetengahkan kisah kejayaan PMKS tempatan dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia. Usaha ini selaras dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang tahun 2030.

 

Pelbagai pakar dan usahawan berjaya ditampilkan bagi membincangkan topik terkini berkaitan keusahawanan dan inovasi melalui forum dan seminar yang diadakan

 

Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, yang turut hadir untuk melancarkan acara tersebut menyatakan bahawa penglibatan dan sokongan Unifi Business dalam acara ini membuktikan komitmen mereka dalam menyokong pertumbuhan PMKS di Malaysia. Beliau juga menggesa PMKS tempatan untuk memanfaatkan segala peluang dan program yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta, termasuk Jelajah Jiwa SME, agar tidak tertinggal dalam perkembangan pesat teknologi masa kini.

“Kita ingin menggunakan pentas ini untuk memberikan kesedaran bagaimana perusahaan mikro, kecil, dan sederhana boleh menggunakan teknologi digital bagi memacu perniagaan mereka. Kita juga akan berkongsi tip berguna daripada usahawan berjaya supaya mereka dapat belajar dan terus menggunakan teknologi digital tersebut,” tambah beliau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Jelajah Jiwa SME 2024 menampilkan pelbagai pakar dan usahawan berjaya bagi membincangkan topik terkini berkaitan keusahawanan dan inovasi melalui forum dan seminar yang diadakan. Terdapat juga pameran dan jualan produk keluaran PMKS tempatan dari pelbagai negeri. Maklumat lanjut berkaitan Jelajah Jiwa SME 2024 boleh didapati di portal rasmi program.

Sebagai jenama yang komited untuk menyokong pertumbuhan PMKS, Unifi Business bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri lain untuk memperkasakan PMKS dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk berkembang. Kunjungi halaman Acara kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara dan program yang ditawarkan.

Solusi berkaitan

image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas