Artikel

Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya 

Digitasi
Teknologi

26 Jan 2023 • Bacaan 4 minit

Ramai usahawan mengalami kegagalan kerana tidak melakukan adaptasi digital. Apakah penyelesaian strategik yang dapat membantu peniaga seperti anda untuk terus mara? 

 

Transformasi digital meliputi perubahan menyeluruh sesebuah perniagaan. Ia memerlukan usaha dan komitmen daripada golongan peniaga untuk menggantikan model perniagaan tradisional dengan versi yang mengintegrasikan teknologi digital.  

 

Buat para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), proses adaptasi tersebut dianggap cukup mencabar. Ia bukan sahaja memakan masa tetapi memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. 

 

Contohnya, dana yang besar diperlukan untuk membeli peranti canggih serta mengubah sistem pengurusan dan operasi. Para peniaga juga mungkin harus memperuntukkan sejumlah wang untuk menyertai kursus literasi komputer agar mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi untuk mendigitalkan perniagaan. 

 

Bagaimana anda boleh atasi segala halangan ini? Teruskan membaca untuk pelajari caranya! 

 

Kekangan wang  

 

Masalah kewangan seakan tidak dapat dipisahkan daripada golongan peniaga, apatah lagi usahawan kecil yang mempunyai modal yang rendah. Peralihan ke ekonomi digital memerlukan kedudukan kewangan yang stabil bagi menjamin transformasi yang berkesan dan optimum. 

 

Selain menawarkan solusi pembiayaan perniagaan pantas menerusi rakan kewangan Unifi Business Club (UBC), Unifi Business tampil memperkenalkan Unifi eCommerce Hub sebagai pusat sehenti untuk peniaga menikmati pengurusan perniagaan dalam talian yang cekap dan sistematik. 

 

Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya 

 

Anda boleh menyelaraskan saluran jualan anda sama ada di dalam talian atau luar talian, menguruskan inventori, mengawal sistem pesanan, memantau jualan dan hasil syarikat serta menguruskan pertanyaan di media sosial dengan hanya satu platform!  

 

Kemudahan Web Store yang terdapat di Unifi eCommerce Hub pula membolehkan anda membina laman web sendiri berpandukan langkah yang ringkas dan mudah difahami. Peniaga boleh menikmati semua ciri aplikasi hab e-dagang ini dengan harga serendah RM49 sebulan untuk ahli UBC (iaitu pelanggan Unifi Business) dan RM59 sebulan untuk bukan pelanggan. 

 

Masalah keselamatan siber 

 

Setiap perubahan mempunyai kebaikan serta keburukan yang tersendiri. Salah satu sebab mengapa ramai peniaga takut untuk beralih ke platform dalam talian ialah mereka khuatir privasi perniagaan akan terancam.  

 

Penyalahgunaan, kecurian dan kebocoran data sulit menyumbang kepada permasalahan yang sukar dikawal secara fizikal. Keadaan ini terjadi kerana transformasi digital memerlukan perniagaan mengalihkan pengurusan operasi ke dalam sistem berpusat seperti penyimpanan awan (cloud storage). 

 

Ada yang beranggapan bahawa medium penyimpanan awan atau storan awan berpotensi meningkatkan risiko serangan siber. Akan tetapi, dengan adanya sistem yang dilindungi seperti Unifi Cloud Storage, penyimpanan maklumat penting dapat diuruskan secara teratur melalui penyelesaian storan data yang selamat, mudah dan fleksibel.  

 

Unifi Cloud Storage dihoskan di fasiliti pusat data Telekom Malaysia Berhad (TM) yang diperakui untuk memastikan maklumat penting perniagaan anda sentiasa terpelihara daripada ancaman jenayah siber. Enkripsi penyulitan (secure encryption) yang ada memperkukuhkan lagi benteng keselamatan Unifi Cloud Storage. Anda juga boleh menetapkan akses untuk beberapa pengguna mengikut keperluan perniagaan. 

 

Kurang kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)  

 

Kesukaran untuk menguasai teknologi baharu memberi impak yang besar terhadap kelancaran transformasi digital perniagaan. Kebanyakan platform media sosial kini menawarkan ciri yang membolehkan usahawan menjalankan perniagaan secara langsung. 

 

Selain Shopee, ramai pengusaha perniagaan kecil-kecilan yang menjual pakaian, makanan dan kosmetik semakin ghairah membuat jualan menerusi siaran langsung (live) di akaun Instagram, Facebook dan TikTok.  

 

Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya 

 

Ia merupakan jalan mudah bagi menjana keuntungan cepat dengan hanya bermodalkan telefon pintar dan personaliti yang menarik. 

 

Malangnya, bagi para peniaga PMKS khususnya yang berada di luar bandar, kekangan dalam memiliki peranti teknologi terkini, sambungan Internet serta kurang kemahiran dalam bidang ICT menjadi faktor utama yang menghalang kecekapan peralihan perniagaan ke platform digital.  

 

Peluang hebat untuk ahli UBC: UBC menawarkan faedah eksklusif kepada semua pelanggan Unifi Business berdaftar. Ahli UBC boleh menyertai kelas digital seperti program pembelajaran dan kursus perniagaan dalam talian oleh AirAsia Academy

 

Teknologi rumit 

 

Sebagai usahawan kecil yang sudah terbiasa dengan urusan jual beli secara manual, anda pasti akan menghadapi kesukaran untuk memahami fungsi perisian dan sistem berkomputer. 

 

Cara penggunaannya yang kompleks boleh mendatangkan masalah jika ia dioperasikan tanpa bimbingan profesional. Proses pembelajaran mungkin akan mengambil masa memandangkan sistem komputer memiliki cabang dan ciri yang berlainan fungsi. 

 

Bagi memastikan transformasi digital dapat berjalan dengan lancar, anda harus segera mendapatkan bantuan daripada pihak yang lebih berpengetahuan dalam hal ehwal teknologi semasa. 

 

Unifi Business menyediakan khidmat konsultan bertauliah yang bukan hanya pakar dalam pendigitalan tetapi turut mempunyai sijil kemahiran digital bertaraf antarabangsa iaitu International Certification for Digital Literacy (ICDL). 

 

Konsultan yang terlatih sentiasa bersedia untuk memantau dan membimbing usahawan PMKS secara terperinci. Sokongan sebegini berupaya membantu anda menyahut pembaharuan dengan cemerlang dalam menuju ke arah digitalisasi.  

 

Tingkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan anda dengan pelbagai penyelesaian serta tawaran hebat daripada UBC hari ini!