Artikel

Lindungi Perniagaan Anda dengan Unifi NetShield, Perisai Keselamatan Siber untuk PMKS

Solusi Digital

20 Oct 2026 • Bacaan 2 minit

Bagaimana perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia boleh lindungi perniagaan daripada ancaman siber tanpa pakar IT, tanpa peralatan mahal?

DAPATKAN UNIFI NETSHIELD

 

Kedai anda buka 12 jam. Penjenayah siber sentiasa aktif mencari mangsa tanpa mengira masa. Sebagai contoh, staf anda terima e-mel: “Invois belum bayar. Klik di sini.”

 

Nampak macam daripada pembekal biasa. Dia klik.

 

Esoknya, semua fail dalam komputer kedai dikunci. Rekod stok, senarai pelanggan, invois — semuanya hilang akses. Penggodam minta bayaran untuk buka kunci.

 

Untuk kedai runcit, klinik, restoran atau syarikat kecil, kejadian sebegini bukan sekadar gangguan. Ia boleh melumpuhkan operasi berhari-hari serta mengakibatkan kerugian besar.

 

Dan inilah realitinya: penjenayah siber kini lebih suka sasarkan perniagaan PMKS sebab mereka tahu para usahawan biasanya tiada perlindungan keselamatan yang kukuh.

 

Kenapa PMKS jadi sasaran mudah?

 

Lindungi Perniagaan Anda dengan Unifi NetShield, Perisai Keselamatan Siber untuk PMKS

 

Akibatnya? Satu pintu terbuka luas untuk ancaman masuk.

 

Unifi NetShield: Perisai keselamatan yang terbina dalam internet anda

 

Unifi NetShield ialah perkhidmatan keselamatan internet daripada Unifi Business yang menyekat ancaman dalam talian sebelum ia sampai ke peranti anda.

 

Ia dikuasakan oleh teknologi Akamai Technologies, penyedia keselamatan siber yang diiktiraf di peringkat global yang biasanya hanya mampu digunakan oleh syarikat besar.

 

Cara Unifi NetShield berfungsi ringkas sahaja: trafik internet perniagaan anda ditapis melalui rangkaian TM. Laman web berbahaya disekat secara automatik.

 

Tiada perisian untuk dipasang. Tiada peralatan untuk dibeli. Tiada tetapan teknikal.

 

Anggaplah ia seperti pengawal keselamatan di pintu depan premis anda. Cuma kali ini, di pintu masuk internet.

 

Ancaman siber yang dilindungi oleh Unifi NetShield dan kesan kepada PMKS

 

Lindungi Perniagaan Anda dengan Unifi NetShield, Perisai Keselamatan Siber untuk PMKS

 

3 sebab Unifi NetShield pilihan tepat untuk PMKS

 

1. Anda tak perlu buat apa-apa


Unifi NetShield mengimbas secara berterusan untuk mengesan dan menyekat ancaman dengan serta-merta. Sistem direka “sentiasa aktif”. Tiada butang untuk ditekan, tiada pemeriksaan manual. Anda fokus pada perniagaan, ia jaga keselamatan.

 

2. Internet tak jadi perlahan


Kaunter bayaran tetap laju. Video call dengan pelanggan tetap lancar. Unifi NetShield bekerja secara senyap tanpa menjejaskan kelajuan internet anda secara ketara.

 

3. Anda boleh lihat hasilnya


Setiap kali ancaman disekat, pemberitahuan masa nyata (real-time notification) muncul. Setiap bulan, anda terima laporan keselamatan yang ditulis dalam bahasa mudah: tiada istilah teknikal, tak perlu pakar untuk terjemahkan.

 

Kos lebih murah

 

Baru nak langgan internet perniagaan? Unifi Business Broadband + Unifi NetShield bermula dari RM154 sebulan, bergantung pada kelajuan dan penyelesaian pilihan anda. Router PERCUMA disertakan.

 

Dah guna Unifi Business Broadband?


Tambah Unifi NetShield sebagai add-on dengan hanya RM25 sebulan, kurang daripada kos sekotak kertas A4. Tiada modem baharu. Tiada peralatan tambahan. Ia berfungsi terus dengan penggunaan alatan sedia ada.

 

Tip penting sebelum anda langgan

 

💡Perlindungan hanya aktif pada rangkaian Unifi Business anda.


Ini bermakna staf yang bekerja di premis anda akan terlindung. Tetapi jika mereka bertukar ke hotspot telefon atau Wi-Fi awam di kafe, perlindungan Unifi NetShield tidak terpakai.

 

💡Unifi NetShield direka khusus untuk Unifi Business Broadband.


Untuk keserasian, prestasi dan sokongan sepenuhnya, gunakan kedua-duanya bersama.

 

💡Cara melanggan? Pilih yang paling mudah untuk PMKS anda!

 

📌Unifi Store berdekatan premis anda

📌 Portal Unifi Business

📌 Pusat Panggilan Unifi (dail 100)

📌 Pengurus Akaun TM atau Perunding PMKS (sesuai jika anda mahu nasihat pelan)

📌 Pengedar Sah TM/Penjual Semula (Reseller)

 

💡Pengaktifan segera. Tiada tempoh menunggu, tiada lawatan teknikal. Sebaik pesanan selesai, perlindungan bermula.

 

Kesimpulannya, pencegahan jauh lebih murah dan mudah berbanding pemulihan.

 

Anda pasang kunci pintu kedai. Anda pasang CCTV. Anda insuranskan stok.

 

Tetapi bagaimana dengan pintu masuk digital yang terbuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu?

 

Dengan Unifi NetShield, anda tidak perlu jadi pakar IT atau melabur ribuan ringgit. Dengan RM25 sebulan, seluruh rangkaian perniagaan anda dilindungi secara automatik, tanpa henti.

 

Daftarkan minat anda hari ini.

Dialog Komuniti

0 komen