Artikel

Peniaga Batang Buruk Tembusi Pasaran Negara Jiran Melalui Media Sosial

Solusi Digital

20 Jan 2025 • Bacaan 3 minit

Hedys International Sdn Bhd (Hedys) mendedahkan jualan kuih batang buruk yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian mencecah RM6 juta pada tahun 2021 dan 2022. Selain dipasarkan di seluruh Malaysia dengan sokongan lebih 3,000 ejen, kuih batang buruk keluaran Hedys juga mendapat permintaan di Singapura dan Brunei.

Nor Hedayah Kaulan dan suaminya, Mohd Syalihin Saee, pengasas bersama Hedys, membuat keputusan untuk melepaskan jawatan mereka sebagai penjawat awam pada tahun 2019 bagi memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan kuih batang buruk. Walaupun masih baru dalam dunia perniagaan, Hedayah dan suami berjaya meluaskan pasaran mereka ke luar negara dengan memberi penekanan kepada usaha-usaha penjenamaan dan pemasaran di platform digital, terutamanya media sosial, di samping mengutamakan kualiti produk yang dihasilkan.

Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada peringkat awal perniagaan, terutamanya akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 pada tahun 2020, Hedayah dan suami tetap nekad meneruskan perniagaan mereka dengan mengambil langkah proaktif merekrut lebih ramai ejen jualan di seluruh negara.

“Pada ketika itu (2020), ramai orang kehilangan pekerjaan akibat PKP yang memaksa banyak perniagaan dan syarikat menghentikan operasi sehingga beberapa bulan. Kami mengambil kesempatan tersebut dengan menawarkan peluang untuk menjana pendapatan sebagai ejen jualan.

“Selain menyediakan bahan bagi tujuan pemasaran kepada ejen-ejen kami, saya juga memberi bimbingan melalui tiga kelas dalam talian setiap minggu. Di samping itu, saya mengadakan penstriman langsung setiap hari untuk memberi motivasi dan semangat kepada mereka agar dapat mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan,” jelas Hedayah.

 

Hedayah, yang aktif mempromosikan produk keluaran syarikatnya di media sosial, mempunyai ruang khas di pejabatnya yang dilengkapi dengan sistem pencahayaan untuk penstriman langsung

 

Hedayah, yang petah bercakap dan selesa di depan kamera, turut memanfaatkan kelebihannya untuk membina jenama peribadi serta jaringan di platform media sosial dengan aktif memuat naik kandungan di mana beliau berkongsi resepi masakan kegemaran, teknik solekan, dan kata-kata motivasi.

Menurut Hedayah, pendekatan ini secara tidak langsung membolehkan beliau mempromosikan produk mereka, di samping meyakinkan lebih ramai orang untuk menjadi ejen jualan. Bagi meningkatkan kesedaran jenama dan merangsang jualan produk, Hedayah dan suaminya turut mengupah agensi pemasaran bagi menguruskan pemasaran produk di platform digital dan penerbitan iklan editorial di beberapa laman berita dalam talian.

“Sebagai jenama baru yang masih belum dikenali ramai, kami perlu aktif mempromosikan produk kami di pelbagai platform digital. Walau bagaimanapun, kos pengiklanan termasuk caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi pengiklanan mencecah puluhan ribu ringgit. Kami pernah membelanjakan RM25,000 hanya untuk mengupah agensi pemasaran menguruskan iklan di media sosial selama enam bulan. Ini tidak termasuk kos pengiklanan.

“Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk melanggan Penyelesaian Pemasaran Digital daripada Unifi Business. Dengan hanya RM2,400 setahun bagi pelan premium, saya boleh mengakses pelbagai perkhidmatan profesional termasuk penulisan kreatif, reka bentuk grafik, penghasilan video, dan pengurusan kempen iklan. Pakej yang ditawarkan Unifi Business terbukti memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi berbanding agensi lain,” tambah Hedayah.

 

Selain kuih batang buruk, Hedy’s kini menawarkan empat jenis kudapan lain iaitu kuih bangkit gula Melaka, muruku berperisa keju, nachos (kerepek jagung) berperisa keju, dan kerepek ubi dengan bawang putih

 

Bermula dengan hanya menjual kuih batang buruk, Hedayah dan suaminya kini menawarkan lima jenis produk kudapan di bawah jenama Hedy’s, iaitu kuih bangkit gula Melaka, muruku berperisa keju, nachos (kerepek jagung) berperisa keju, dan kerepek ubi dengan bawang putih. Produk mereka boleh didapati di pelbagai platform jualan termasuk Shopee, TikTok, dan Facebook, selain di kedai fizikal mereka yang terletak di Kulai, Johor.

Unifi Business menawarkan pelbagai penyelesaian inovatif yang direka khas untuk membantu perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) menguruskan perniagaan dengan lebih efektif, sekaligus membuka peluang baru yang dapat membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Lawati laman web Unifi Business untuk maklumat lanjut dan mulakan perjalanan digital anda hari ini.

Perkongsian Pengasas Hedy’s, Pelanggan Unifi Business

Solusi berkaitan

image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Solusi bijak untuk para peniaga

Solusi

0

TNG eWallet Soundbox

Peranti Pencegahan Penipuan yang…

  • Pantau semua pembayaran masuk dengan pemberitahuan audio dan visual
  • Tidak memerlukan pengesahan pembayaran daripada pelanggan
  • Reka bentuk kompak dan mudah alih
  • Tersedia dalam pelbagai bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Cina
  • Melindungi peniaga daripada transaksi penipuan
image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi