Article
Dapatkan Geran Digital PMKS Madani dengan Langganan Solusi Digital Unifi Business
09 Nov 2023 • 5 min read
Unifi Business merupakan antara penyedia solusi teknologi yang dilantik untuk mengagihkan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) kepada pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara bermula awal Oktober tahun ini.
Geran padanan berjumlah RM100 juta tersebut diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Belanjawan 2023 bagi membantu golongan PMKS meningkatkan daya saing dan produktiviti mereka dengan penggunaan penyelesaian digital, sekali gus memacu transformasi negara ke arah ekonomi digital. Inisiatif di bawah kempen GDPM ini dijayakan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pengusaha PMKS yang layak akan memperoleh sehingga 50% potongan bayaran bulanan selama 12 bulan atau geran sehingga RM5,000 apabila mereka melanggan solusi digital yang ditawarkan Unifi Business. Ini termasuk Solusi Pemasaran Digital, Solusi Keselamatan Siber, Hab e-Dagang dan Penyenaraian Premium CariCari.
Usahawan PMKS boleh memilih sama ada untuk melanggan satu atau dua solusi secara berkas (bundle) bersama pelan Fiber Perniagaan Unifi (Unifi Business Fibre). Selepas tamat tempoh 12 bulan, langganan akan ditukarkan secara automatik kepada pelan sedia ada dengan harga komersial tanpa potongan.
Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Unifi Business kepada pengusaha PMKS yang melanggan di bawah kempen GDPM adalah kelas bimbingan pakar yang diberikan secara percuma kepada PMKS supaya mereka dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada solusi digital yang dilanggan. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati akses kepada Laluan Premium Perniagaan, Pusat Hubungan Unifi di talian 100.
Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh pengusaha PMKS untuk layak mendapat geran.
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan geran tersebut di portal Unifi Business termasuk terma dan syarat permohonan dan soalan lazim.
Unifi Business mengadakan pelbagai bentuk program seperti forum dan seminar berkaitan perniagaan serta eksposisi produk dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan bagi memperkasakan pengusaha PMKS. Layari halaman Acara untuk mengikuti perkembangan terkini.
Related solutions
Iklankan bisnes anda di platform percuma
Dattel
Sasaran Pelanggan Pelbagai Media
- Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
- Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
- Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
- REV ads manager
- Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
- Data ruang kerja yang berbilang dimensi
Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda
Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani
Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda
- Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
- Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
- 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…
ScoreXcess
Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…
- Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
- Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
- Dikuasakan oleh CEDAR
- 'Onboarding' ringkas
Related articles
Bagaimana untuk Tingkatkan Jualan Anda dengan Solusi Pemasaran Digital Unifi Business
20 May 2024 • 5 min read
Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub
09 May 2023 • 4 min read
[VIDEO] Bagaimana untuk Meningkatkan Keselamatan Siber Perniagaan Anda
30 Aug 2023 • 2 min read
Community Discussion
Want to join the conversation?
To unlock comments, log in or sign up now!
Dig deeper on topics that matter to you
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Sign up now