Artikel

Bagaimana Nak Kukuhkan Aliran Tunai Perniagaan? Ikuti 5 Langkah Ini 

Kewangan
Tip & Panduan

20 Jun 2023 • Bacaan 3 minit

Kewangan yang stabil dapat menjamin kesinambungan sesebuah perniagaan. Apakah aspek penting yang perlu diambil kira bagi memastikan kewangan syarikat anda sentiasa teguh? Jom terokai panduan pengurusan aliran tunai yang berkesan.

 

Aliran tunai ialah pergerakan keluar masuk wang hasil daripada aktiviti penjualan dan perbelanjaan sesebuah organisasi perniagaan.  

 

Contohnya, entiti perniagaan akan memperoleh pendapatan apabila adanya pembelian. Namun, sebahagian daripada pendapatan yang terkumpul akan dibelanjakan untuk membiayai kos operasi perniagaan. Kitaran kewangan inilah yang dikenali sebagai aliran tunai.  

  

Peri pentingnya pengurusan aliran tunai 

 

Menguruskan aliran tunai adalah antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). 

 

Pengurusan aliran tunai yang sistematik sangat mustahak kerana ia dapat membantu peniaga memantau keadaan semasa kewangan syarikat. Ia termasuklah memantau pergerakan keluar masuk duit syarikat serta mengekalkan baki akaun yang positif. 

 

Aliran tunai yang tidak stabil akan mengakibatkan syarikat anda mengalami pelbagai masalah yang mengganggu kelancaran perniagaan sehingga berlaku kerugian besar. Misalnya, tidak dapat membayar gaji pekerja, membayar sewa kedai, menjelaskan hutang pinjaman perniagaan dengan bank dan melunaskan bayaran kepada para pembekal. 

 

Demi kelangsungan perniagaan, anda harus senantiasa mengutamakan perancangan aliran tunai. Dengan adanya pelan kewangan yang strategik, anda akan tahu berapakah nilai serta jumlah wang tertentu yang dimasukkan dan dikeluarkan daripada akaun perniagaan.  

 

Maklumat yang dijana daripada laporan aliran tunai juga berupaya membantu anda untuk memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi jikalau berlaku sebarang kecemasan atau bagi menampung perbelanjaan yang berlaku di luar jangkaan. 

 

Ketahui beberapa cara ideal untuk menguruskan aliran tunai perniagaan dengan mudah: 

 

1. Menguruskan inventori 

 

Inserting image... 

Aliran tunai yang lemah sering berpunca daripada pengurusan inventori yang tidak teratur. Banyak PMKS berdepan dengan krisis simpanan stok yang berlebihan kerana tidak mengawal pembelian serta pengambilan stok daripada pembekal. 

 

Tip: Elakkan pembaziran dengan menguruskan inventori secara berkala. Buat kiraan dan pemeriksaan stok dari semasa ke semasa untuk mengelakkan penambahan stok yang tidak diperlukan. 

 

Cuba minta potongan harga daripada pembekal jika anda membeli keperluan perniagaan secara pukal. Aktiviti tawar-menawar mampu menstabilkan kembali keadaan kewangan anda kerana ia menjimatkan kos perbelanjaan yang dikeluarkan. 

 

2. Mengawal perbelanjaan 

 

Penilaian perbelanjaan ialah asas untuk menguruskan aliran tunai dengan baik. Lakukannya secara berkala untuk mengenal pasti mana-mana komponen perbelanjaan syarikat yang boleh dikurangkan bagi menjimatkan kos tanpa mempengaruhi kualiti servis perniagaan. 

 

Selain mendapatkan diskaun daripada pembekal, anda mungkin boleh memanfaatkan teknologi dalam menguruskan perniagaan bagi menjimatkan kos. Sebagai contoh, anda boleh menjalankan aktiviti jual beli melalui media sosial atau laman web. Cara ini lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu membayar sewa tapak atau kedai fizikal. 

 

Berhenti menjual produk yang tidak laku untuk jangka masa yang lama. Bertindak segera untuk menghabiskan stok secepat mungkin. Jual produk tersebut dengan harga promosi istimewa seperti “beli satu percuma satu” agar anda tidak perlu menanggung pembaziran kerana terpaksa membuang stok yang sudah tamat tempoh. 

 

3. Menggunakan teknologi 

 

 

Teknologi boleh menjadi alat yang cukup berguna untuk memantau situasi aliran tunai perniagaan. Bagi mengurangkan kesilapan dan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, manfaatkanlah pengurusan yang dikendalikan menggunakan teknologi dalam talian. 

 

Transaksi pembayaran dalam talian serta invois yang dijana secara digital bukan sahaja akan memudahkan pengurusan perniagaan tetapi mampu mengurangkan kesilapan yang sering berpunca daripada kelalaian manusia.  

 

Penggunaan aplikasi berteknologi seperti perakaunan pintar, storan awan (cloud storage) dan sistem titik jualan (POS) yang boleh diintegrasikan juga dapat mendorong penambahbaikan pengurusan aliran tunai. 

 

4. Menyimpan rizab tunai 

 

Rizab tunai atau tunai runcit (petty cash) ialah sejumlah wang perniagaan yang diasingkan untuk digunakan ketika kecemasan atau bagi menampung sebarang perbelanjaan darurat atas sebab tertentu. Sebuah perniagaan disarankan membuat pengasingan wang tunai. Jumlahnya hendaklah ditentukan terlebih dahulu dan ia perlu disimpan di tempat yang selamat. 

 

Pengasingan wang tunai sangat penting kerana ia membolehkan usahawan kekal beroperasi tanpa perlu risau mengenai hutang atau masalah yang tidak dijangka. Ia juga merupakan pelaburan jangka panjang yang membantu perniagaan anda untuk terus berkembang maju dan mencapai kestabilan kewangan di masa akan datang. 

 

5. Menilai strategi harga 

 

 

Kaji dan nilai semula harga setiap produk yang anda jual. Pastikan anda menetapkan harga yang boleh memberikan keuntungan kepada perusahaan biarpun anda perlu bersaing dengan jenama lain. 

 

Setelah menstabilkan harga barangan, anda akan berupaya meningkatkan aliran tunai dengan menggalakkan kemasukan wang ke dalam akaun perniagaan. Strategi ini juga dapat mengukuhkan potensi dan imej perniagaan anda untuk menjadi sebuah perusahaan yang berdaya saing serta mampu menarik lebih ramai pembeli dan prospek. 

 

Akhir sekali, kami kongsikan rumusan tentang cara-cara menguruskan aliran tunai sebagai rujukan. Semoga bermanfaat untuk semua! 

 

Panduan ringkas pengurusan aliran tunai 

 

  • Sediakan analisis aliran tunai perniagaan secara berkala. Ia boleh dirangkumkan dalam laporan kewangan syarikat yang dikeluarkan secara mingguan, bulanan dan tahunan. 

  • Kira jumlah aliran tunai masuk dan keluar termasuk kos perbelanjaan operasi, kos overhed, pembelian stok, bayaran hutang dan nilai keuntungan. 

  • Rekodkan jumlah perbelanjaan dengan tepat mengikut kategori seperti bayaran sewa kedai, inventori, gaji, cukai perniagaan, perkhidmatan logistik, pengangkutan dan lain-lain. 

 

Automasikan perniagaan dengan tawaran penyelesaian eksklusif daripada Unifi Business Club (UBC)!  

 

Manfaatkan solusi perakaunan pintar seperti Financio untuk menjana invois secara automatik serta menyimpan segala maklumat kewangan perniagaan dengan selamat menggunakan sistem storan awan yang sistematik. 

Solusi berkaitan

image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solusi

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solusi

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi