Artikel

Dapatkan Geran Digital PMKS Madani dengan Langganan Solusi Digital Unifi Business

Digitalisasi

09 Nov 2023 • Bacaan 5 minit

Unifi Business merupakan antara penyedia solusi teknologi yang dilantik untuk mengagihkan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) kepada pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara bermula awal Oktober tahun ini.

Geran padanan berjumlah RM100 juta tersebut diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Belanjawan 2023 bagi membantu golongan PMKS meningkatkan daya saing dan produktiviti mereka dengan penggunaan penyelesaian digital, sekali gus memacu transformasi negara ke arah ekonomi digital. Inisiatif di bawah kempen GDPM ini dijayakan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengusaha PMKS yang layak akan memperoleh sehingga 50% potongan bayaran bulanan selama 12 bulan atau geran sehingga RM5,000 apabila mereka melanggan solusi digital yang ditawarkan Unifi Business. Ini termasuk Solusi Pemasaran Digital, Solusi Keselamatan Siber, Hab e-Dagang dan Penyenaraian Premium CariCari.

Usahawan PMKS boleh memilih sama ada untuk melanggan satu atau dua solusi secara berkas (bundle) bersama pelan Fiber Perniagaan Unifi (Unifi Business Fibre). Selepas tamat tempoh 12 bulan, langganan akan ditukarkan secara automatik kepada pelan sedia ada dengan harga komersial tanpa potongan.

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Unifi Business kepada pengusaha PMKS yang melanggan di bawah kempen GDPM adalah kelas bimbingan pakar yang diberikan secara percuma kepada PMKS supaya mereka dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada solusi digital yang dilanggan. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati akses kepada Laluan Premium Perniagaan, Pusat Hubungan Unifi di talian 100.

Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh pengusaha PMKS untuk layak mendapat geran.

 

Kriteria kelayakan

Kriteria kelayakan tambahan bagi pelanggan sedia ada TM

Dokumen yang diperlukan

Di mana anda boleh dapatkan geran di bawah kempen GDPM

 

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan geran tersebut di portal Unifi Business termasuk terma dan syarat permohonan dan soalan lazim.

 

Unifi Business mengadakan pelbagai bentuk program seperti forum dan seminar berkaitan perniagaan serta eksposisi produk dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan bagi memperkasakan pengusaha PMKS. Layari halaman Acara untuk mengikuti perkembangan terkini.

Solusi berkaitan

image

10,000 emel PERCUMA setiap bulan tanpa…

Solusi

0

Enginemailer

Nikmati Solusi Pemasaran Emel yang…

  • Saring dan bina lebih banyak hubungan
  • Rekaan yang melengkapi kempen
  • Hantaran emel yang tepat kepada pengguna yang disasarkan
  • Memantau dan mengoptimumkan kempen
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solusi

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja
image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solusi

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa