Artikel
[VIDEO] Bagaimana untuk Meningkatkan Keselamatan Siber Perniagaan Anda
30 Aug 2023 • Bacaan 2 minit
Peningkatan jumlah usahawan yang beralih ke platform e-dagang telah menarik perhatian penjenayah siber untuk aktif melakukan serangan secara digital. Sudah tiba masanya anda memperkukuhkan benteng pertahanan syarikat!
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) paling banyak terdedah kepada risiko serangan siber. Ini memandangkan tahap literasi digital kebanyakan peniaga sektor tersebut masih rendah.
Kurangnya kesedaran serta pengetahuan untuk melindungi peralatan elektronik dan sistem urus niaga menjadi antara punca utama mengapa penjenayah lebih tertarik untuk mensasarkan mereka sebagai mangsa.
Perniagaan digital melibatkan penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar bagi mengakses data sulit perniagaan termasuklah maklumat perbankan serta maklumat peribadi pelanggan. Perkara ini mampu mengundang ancaman jenayah siber yang serius.
Sebarang isu kebocoran data akan mencalar imej dan reputasi syarikat. Selain itu, insiden keselamatan siber turut mengakibatkan wang simpanan lesap sekelip mata.
Justeru, PMKS harus mengambil langkah segera bagi menjamin keselamatan sistem operasi serta penyimpanan maklumat dalam talian.
Nak tahu cara terbaik untuk mengelakkan perniagaan anda daripada menjadi mangsa serangan siber? Saksikan video penuh informasi yang kami sediakan.
Manfaatkan perisian keselamatan Kaspersky Small Office Security untuk melindungi peranti serta sistem operasi perniagaan anda secara menyeluruh.
Manfaat eksklusif buat ahli Unifi Business Club (UBC): Sehingga 80 ahli UBC berpeluang untuk menyertai Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS) dan menikmati insentif sehingga RM100,000 (tertakluk pada terma dan syarat). Nak rebut peluang ini? Pastikan anda menghadiri taklimat dan sesi kesedaran keselamatan siber anjuran bersama Unifi Business dengan CyberSecurity Malaysia. Klik di sini untuk mendaftar secara percuma!
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Dalami topik yang menjadi keutamaan anda
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang