Artikel

[INFOGRAFIK] Tanggungjawab Majikan Daftarkan Pekerja dengan 3 Agensi Ini 

Sumber Manusia
Tip & Panduan
Nasihat Niaga

25 May 2023 • Bacaan 2 minit

Pastikan hak serta kepentingan tenaga kerja anda dijaga sebaiknya. Keingkaran membayar caruman pekerja akan menyebabkan pemilik perniagaan atau syarikat dikenakan denda dan berdepan tindakan undang-undang.

 

Sebagai majikan yang peka dan bertanggungjawab, anda hendaklah memenuhi keperluan semua pekerja terutamanya dari segi keselamatan serta kebajikan mereka.  

 

Setiap pemilik perusahaan dan syarikat wajib memastikan para pekerja didaftarkan dengan tiga badan kerajaan berikut: 

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

 

KWSP atau Employees Provident Fund (EPF) ialah sebuah agensi kerajaan yang menguruskan wang pencen khas untuk individu yang berkhidmat dalam sektor swasta.   

 

Wang yang dicarum setiap bulan akan dimanfaatkan sebagai simpanan persaraan kakitangan sektor swasta yang tidak berpencen. Majikan juga dikehendaki membayar caruman bagi pihak pekerja iaitu sebanyak 13% daripada kadar gaji pokok yang diberikan. 

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 

 

PERKESO atau Social Security Organization (SOCSO) berfungsi sebagai agensi kerajaan yang menawarkan perlindungan dan keselamatan sosial kepada semua pekerja bermajikan termasuklah pekerja warga asing. 

 

Caruman PERKESO membolehkan pekerja menuntut pampasan dan mendapatkan tanggungan rawatan di pusat perubatan jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja. 

 

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau Employment Insurance System (EIS) juga merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak 2018. Ia bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan segera kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan. 

 

Selain itu, SIP turut membantu pencarum tersebut untuk mendapatkan peluang pekerjaan baru melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula dengan menyertai Pelan Komitmen Pekerjaan (ECP) yang ditetapkan oleh pihak PERKESO. 

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL)

 

Individu yang berpendapatan melebihi RM34,000 setahun (selepas potongan KWSP) layak dikenakan potongan cukai pendapatan bulanan. Majikan wajib mendaftarkan fail cukai pendapatan pekerja berkenaan dengan HASiL. 

 

Individu warganegara akan dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala dan boleh menuntut potongan. Individu bukan pemastautin (warga asing) pula dikenakan potongan pada kadar tetap iaitu sebanyak 30% dan tidak layak mendapat sebarang potongan. 

  

Ketahui lebih lanjut menerusi penjelasan ringkas dalam infografik ini:

 

UBC_TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAFTARKAN PEKERJA DENGAN 3 AGENSI INI

 

Unifi Business Club (UBC) komited memenuhi keperluan usahawan yang ingin beralih kepada ekonomi digital. Terokai solusi pemasaran digital daripada Unifi Business yang mampu menyumbang kepada kemajuan perniagaan e-dagang milik anda! 

Solusi berkaitan

image

PERCUMA 3 bulan Swingvy Premium +…

Solusi

1

Swingvy

Perisian 'HR Payroll' Dalam Talian yang…

  • Pengalaman 'onboarding' dan pelucutan jawatan pekerja yang mudah
  • Pembayaran gaji hanya dalam beberapa minit (diluluskan LHDN)
  • Kiraan sumbangan kepada KWSP,SOCSO,PCB,EIS,HRDF secara automatik
  • Percuma aplikasi mudah alih HR untuk permohonan cuti, tuntutan dan masa kehadiran
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solusi

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja
image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solusi

0

Akademi AirAsia

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​