Artikel

Ketahui Cara Membayar Zakat Perniagaan

Kewangan
Nasihat Niaga

02 Jun 2023 • Bacaan 2 minit

Peniaga beragama Islam yang cukup syarat diwajibkan untuk menunaikan zakat perniagaan. Tujuannya adalah untuk membersihkan harta yang diniagakan serta memperoleh keberkatan rezeki daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan.

 

Semakin ramai usahawan memilih untuk menjalankan perniagaan dalam talian kerana ia lebih mudah dan berpotensi untuk mencapai ramai pelanggan serta pasaran yang lebih luas.  

 

Dalam menjana pendapatan secara tetap atau sambilan, zakat perniagaan wajib dikeluarkan. Zakat perniagaan tetap wajib dibayar walaupun perusahaan yang dijalankan tidak berdaftar sebagai sebuah syarikat atau tidak perlu mengeluarkan modal seperti pemesan hantar (dropshipper). 

 

Pengertian zakat perniagaan 

 

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.  

 

Harta perniagaan tersebut merangkumi semua jenis syarikat persendirian atau perkongsian, koperasi, perniagaan saham dan sebagainya yang berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan. 

 

Ia juga meliputi setiap aktiviti berkaitan perniagaan yang bersifat kecil, sederhana atau bermusim seperti makanan, peruncitan, jualan langsung atau bersistem yang patuh syariah, peniaga jalanan dan lain-lain. 

 

Sumber: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP 

 

Syarat-syarat wajib zakat perniagaan 

 

UBC_Ketahui Cara Membayar Zakat Perniagaan
 

  • Perniagaan dimiliki oleh orang Islam*  

  • Cukup haul (genap setahun) 

  • Cukup nisab (bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) 

  • Sempurna milik 

  • Niat berniaga 

  • Barangan dan perkhidmatan halal 

 

* Bagi syarikat atau entiti perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara orang Muslim dan bukan Muslim, zakat hanyalah wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang Islam berdasarkan pendapatan bersih. 

 

3 kaedah pengiraan zakat perniagaan 

 

Kadar zakat ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada harta perniagaan yang dimiliki pada tarikh cukup haul (iaitu apabila genap tempoh setahun pemilikan harta tersebut). 

 

 
1. Kaedah modal kerja: Sesuai digunakan oleh syarikat-syarikat seperti syarikat berhad, sendirian berhad, koperasi, enterprise, trading dan sebagainya yang mempunyai pengelasan aset semasa dan liabiliti semasa. 

 

 

2. Kaedah modal berkembang: Sesuai digunakan oleh institusi kewangan dan perbankan Islam, takaful dan syarikat berhad yang tiada pengelasan aset semasa dan liabiliti semasa. 

 

 

3. Kaedah untung rugi: Sesuai digunakan oleh jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit termasuklah pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan. 

 

Sumber: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP 

 

Dengan menunaikan zakat perniagaan, usahawan Islam dapat memenuhi tuntutan agama serta menyumbang secara positif kepada pembangunan negara dan masyarakat. 

 

Tip penting untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Jom sertai Masterclass percuma untuk menguasai cara mengoptimumkan solusi perniagaan anda.    

  

Mahu terus berkembang dan lebih dikenali? Serlahkan lagi imej perniagaan dalam talian anda dengan Solusi Pemasaran Digital daripada Unifi Business.  

Solusi berkaitan

image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

1

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas
image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solusi

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solusi

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja