Artikel

Media Sosial Sebagai Alat Mempromosikan Jenama

Pemasaran & Penjenamaan

26 Aug 2024 • Bacaan 3 minit

Pengasas Temasek Agro, Azroy Abdul Manaf, mengakui kehadiran digital terutamanya di platform media sosial popular seperti Facebook dan TikTok memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaannya.

Azroy memulakan perniagaan beliau dengan membekalkan kambing hidup dan daging kambing segar bermula pada Mac 2020, ketika negara menghadapi pandemik Covid-19. Beliau yang baru berusia 36 tahun ketika itu, membuat keputusan untuk membeli 27 ekor kambing milik bapa saudara beliau bersama dengan kandang yang dibina di atas tanah kerajaan (dengan Lesen Pendudukan Sementara) seluas 0.6 hektar.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam penternakan kambing dan perniagaan, Azroy yakin dapat menguruskan perniagaan beliau dengan bimbingan dan nasihat daripada bapa saudara dan rakan-rakannya yang memiliki ladang ternakan dan jenis perniagaan yang sama. Beliau juga aktif memuat naik video mengenai keadaan kambing ternakannya di pelbagai platform media sosial. Cara beliau yang bersahaja melayani karenah kambing ternakannya yang diberikan nama panggilan sama seperti manusia mencuit hati ramai netizen.

 

Azroy (tengah) melancarkan produk daging kambing perap pertama syarikatnya dengan jenama Kambing Yang Aneh (KYA) pada Mac 2024

 

“Kehadiran digital penting bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenama dan perniagaan yang kita jalankan. Oleh sebab itu, dari awal lagi saya telah memastikan perniagaan saya mempunyai kehadiran di pelbagai media sosial dengan menggunakan jenama Kambing Yang Aneh. Saya juga aktif mempromosikan perniagaan saya dengan membuat tiga kandungan sehari termasuk penstriman video. Kandungan utama yang kita hasilkan mestilah dalam bentuk hiburan tanpa mempromosikan produk secara terus,” kata Azroy.

Azroy yang kini memiliki lebih 200 ekor kambing di ladang ternakannya turut mengeluarkan produk daging kambing perap dengan jenama Kambing Yang Aneh. Beliau mendedahkan 90% daripada keseluruhan jualan perniagaannya termasuk kambing hidup adalah daripada platform jualan digital dan media sosial. Oleh itu, beliau amat mementingkan penggunaan internet fiber yang berkelajuan tinggi dan mempunyai kestabilan yang konsisten seperti Jalur Lebar Perniagaan Unifi Business bagi membolehkan beliau menguruskan pelbagai platform digital tersebut dengan cekap.

Unifi Business menawarkan pelbagai penyelesaian digital yang dapat membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan daya saing mereka di era digital ini. Dapatkan maklumat lanjut di portal Unifi Business.

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas