Artikel

Peniaga Cendol Buka Lima Cawangan dalam Lima Tahun

Digitalisasi
Tip & Panduan

21 Jun 2024 • Bacaan 3 minit

Farizal Mustaffa, 48, yang menjalankan perniagaan cendol di Kampung Hulu, Melaka sejak pertengahan tahun 2018, berjaya mengembangkan perniagaan beliau dalam masa lima tahun dengan pembukaan lima cawangan termasuk di Muar (Disember 2019), Johor Bahru (Februari 2020), Melaka (kedai pandu lalu, Jun 2021) dan Negeri Sembilan (Februari 2023).

Beliau yang sebelum ini merupakan kakitangan kerajaan, membuat keputusan untuk meninggalkan kerjayanya selepas 11 tahun berkhidmat untuk menjalankan perniagaan dalam bidang makanan dan minuman.

“Ia merupakan satu keputusan yang sangat berat terutamanya kerana saya masih belum mempunyai lokasi perniagaan yang kukuh dan modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun, saya rasa tidak ada kepuasan dalam kerjaya saya sebelum ini kerana kemampuan dan potensi saya tidak digunakan sepenuhnya, selain terasa terkongkong. Jiwa saya lebih tertarik dengan dunia keusahawanan,” kata Farizal.

 

Gerai pertama Cendol Kampung Hulu di Melaka

 

Farizal yang mempunyai kelulusan dalam bidang rangkaian dan e-dagang, pada awalnya menawarkan perkhidmatan pembaikan komputer, pemasangan perisian komputer dan kursus berkaitan diikuti dengan perkhidmatan fotografi dan pembinaan papan tanda jalanan, sebelum memulakan perniagaan restoran berkonsepkan makanan tempatan dan makanan laut.

“Saya telah melaburkan keseluruhan simpanan saya bagi membangunkan restoran tersebut, namun ia telah mengalami kegagalan kerana beberapa faktor termasuk kekurangan pengetahuan dalam bidang tersebut. Semua itu telah memberi banyak pengajaran kepada saya,” tambah beliau.

Tanpa berputus asa, Farizal membuka sebuah kedai kopi setahun kemudian dengan berbekalkan dana yang dikumpul dari pelbagai jenis perniagaan sampingan. Lokasi kedai berhadapan Sungai Melaka di Kampung Hulu menjadi pilihan beliau meskipun kawasan tersebut masih belum dibangunkan sebaiknya.

Namun begitu, perniagaan kopi tersebut gagal mendapat sambutan sepanjang enam bulan beroperasi dan memaksa beliau mengambil keputusan drastik untuk menjalankan perniagaan cendol di lokasi yang sama.

Dengan menggunakan nama Cendol Kampung Hulu, Farizal menawarkan cendol yang disediakan dengan menggunakan santan beku yang dikisar di samping pelbagai pilihan bahan tambahan seperti buah durian, buah longan dan tapai. Inilah keistimewaan utama cendol ciptaan Farizal yang menjadikannya tular dan mendapat sambutan ramai sehingga menarik pengunjung dari luar Melaka.

 

Antara menu utama yang ditawarkan Cendol Kampung Hulu

 

Syarikat yang diasaskan Farizal, CKH Inventive Sdn Bhd, merupakan pelanggan Unifi Business yang menggunakan Penyelesaian Storan Awan dan Pemasaran Digital. Menurut beliau, jualan di cawangan Melaka meningkat sehingga 30% selepas melanggan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business.

“Kami menerima lebih ramai pelanggan dari luar Melaka terutamanya sepanjang tempoh kempen dijalankan. Ini termasuk pelanggan dari Kuala Lumpur, Johor, dan negeri-negeri di kawasan Utara dan Pantai Timur. Penyelesaian yang ditawarkan Unifi Business merupakan pelaburan yang berbaloi kerana kita tidak perlu mengeluarkan jumlah dana yang besar untuk melancarkan kempen pemasaran.

 

“Kami juga dapat merekodkan penjimatan dengan melanggan pakej berkas (bundle) pelan Fiber Perniagaan bersama dengan Storan Awan Unifi Business. Bayaran bulanan yang ditawarkan Unifi Business tiga kali lebih rendah berbanding pelan yang ditawarkan syarikat lain,” kata Farizal.

 

Kedai pandu lalu Cendol Kampung Hulu di Melaka dibuka dalam bulan Jun 2021

 

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan penyelesaian digital yang ditawarkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di laman sesawang Unifi Business.

Farizal Mustaffa berkongsi pengalaman dan pandangan sebagai seorang usahawan PMKS

Ikon Unifi Business: Peniaga Cencol Buka Lima Cawangan dalam Lima Tahun

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solusi

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas