Artikel

Nak Dapatkan Pembiayaan Perniagaan? Ini Caranya untuk Kurangkan Risiko

Kewangan
Tip & Panduan

15 May 2024 • Bacaan 6 minit

Ramai usahawan beranggapan bahawa mendapatkan pembiayaan adalah satu langkah yang tidak baik kerana melibatkan pembayaran faedah. Tidak dinafikan juga terdapat beberapa risiko sekiranya usahawan gagal untuk membayar balik pinjaman mengikut jumlah dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Namun begitu, suntikan dana tambahan boleh digunakan bagi pelbagai tujuan yang dapat memberikan impak positif kepada perniagaan anda.

Sebagai contoh, selain untuk mengekalkan aliran tunai yang positif, ia juga boleh digunakan untuk pengiklanan produk atau jenama, pengubahsuaian kedai untuk meningkatkan kapasiti stok atau meningkatkan keselesaan pelanggan, membeli peralatan yang lebih baik atau melabur dalam teknologi terkini untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, anda perlulah membuat pertimbangan dan perancangan yang teliti sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan sebarang pembiayaan. Ini penting bagi mengurangkan sebarang risiko dan memastikan dana yang diperolehi dapat digunakan sebaiknya.

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon pembiayaan perniagaan adalah:

1. Tujuan pembiayaan

Pembiayaan perlulah dimohon bagi tujuan yang produktif kepada syarikat, contohnya untuk pembelian peralatan tambahan bagi memenuhi peningkatan permintaan daripada pelanggan.

Anda perlu membuat keputusan yang tegas dan jelas tentang apa yang anda ingin lakukan dengan dana yang akan diperolehi.

2. Prestasi syarikat

Anda perlu memastikan bahawa perniagaan anda sedang berkembang maju di mana pendapatan syarikat menunjukkan peningkatan secara konsisten.

Kemungkinan juga syarikat anda menerima jumlah tempahan yang sangat besar atau projek yang memerlukan modal yang besar dan tidak dapat dipenuhi tanpa suntikan dana tambahan. Semua keadaan ini mewajarkan permohonan pembiayaan perniagaan.

3. Keupayaan syarikat

Aliran tunai, iaitu aliran keluar dan masuk wang tunai, merupakan antara aspek utama yang diambil kira institusi kewangan dalam mempertimbangkan permohonan pinjaman sesebuah syarikat. Ini kerana ia adalah petunjuk penting bagi kesihatan kewangan syarikat.

 

Aliran tunai yang positif menunjukkan syarikat mempunyai lebih banyak wang tunai yang mengalir masuk berbanding yang keluar. Oleh itu, syarikat tersebut mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk memenuhi kewajipan kewangannya dan membiayai operasinya.

 

Ia juga menjadi tanda pertumbuhan dan kestabilan syarikat kerana ia menunjukkan bahawa syarikat dapat menjana wang tunai yang mencukupi untuk melabur dalam peluang baharu atau untuk membina simpanan dalam jangka masa yang lebih singkat.

 

4. Pembiayaan sedia ada

Sekiranya anda mempunyai pembiayaan perniagaan yang masih belum dilangsaikan, anda perlu memastikan ianya digunakan sebaiknya bagi tujuan yang produktif atau telah digunakan sepenuhnya sebelum memohon pembiayaan tambahan. Ini kerana pembiayaan baru akan memberi bebanan tambahan kepada anda bagi jangka masa yang panjang.

5. Ciri-ciri pembiayaan

Setiap jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Sebagai contoh, ada yang menawarkan moratorium pembayaran bagi jangka waktu tertentu, mensyaratkan jaminan oleh entiti tertentu dan menyediakan kredit pusingan.

Anda perlulah membuat perbandingan bagi memastikan pembiayaan yang dipilih adalah yang terbaik dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan syarikat, di samping memenuhi syarat yang diperlukan.

Selain berhubung terus dengan pihak bank, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh pelbagai institusi kewangan secara dalam talian di imSME.

Perkhidmatan pemadanan dan permohonan rujukan pembiayaan turut disediakan di portal tersebut yang dimiliki dan diuruskan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), dengan sokongan Bank Negara Malaysia serta bank-bank yang terlibat.

6. Kadar pembiayaan yang kompetitif

Anda juga perlu membuat perbandingan bagi kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan pilihan anda. Pastikan anda mengetahui dan memahami jenis faedah yang dikenakan; sama ada kadar faedah tetap (fixed rate), kadar faedah bulanan (monthly rest rate) atau kadar rata (flat rate).

Sekiranya institusi tersebut ada menawarkan moratorium, anda perlu mengambil kira kadar faedah yang dikenakan sepanjang tempoh moratorium tersebut. Ambillah masa untuk berbincang dengan pihak bank untuk memahami kelebihan dan kekurangan jenis-jenis faedah yang dikenakan.

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah salah satu institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan mikro di Malaysia.

Sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama enam bulan, atau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan (pendapatan setahun kurang daripada RM300,000 atau mempunyai pekerja kurang daripada lima orang), anda bolehlah memohon Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani yang ditawarkan oleh BSN.

Skim tersebut terbuka kepada lapan kategori usahawan iaitu umum, wanita, belia, Borneo, perintis (startup), istimewa, penjaja dan juga veteran. Layari laman BSN Micro/i Madani untuk maklumat lanjut.

 

Perlukan bantuan untuk menghasilkan iklan dan menjalankan kempen pemasaran bagi produk anda di platform digital? Jom langgan solusi pemasaran digital Unifi Business yang menawarkan perkhidmatan semua dalam satu — pengurusan kempen, penulisan iklan dan reka bentuk grafik.

Solusi berkaitan

image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solusi

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

1

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas
image

Iklankan SME Anda di Platform Percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi