Artikel
The Penangpreneur Agenda Dirangka untuk Pembudayaan Keusahawanan dan Pendigitalan
02 Nov 2023 • Bacaan 5 minit
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang merangka agenda ekonomi baru dalam usaha untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan penduduknya dan menggalakkan peralihan ke arah pendigitalan bagi usahawan sedia ada.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata fokus utama agenda tersebut yang dikenali sebagai The Penangpreneur Agenda (TPA) adalah untuk mewujudkan pangkalan data yang merangkumi maklumat berkaitan bantuan geran serta program, projek atau inisiatif melibatkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pusat dan negeri.
Katanya, di samping membolehkan kerajaan negeri untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada usahawan di negeri itu dengan lebih efektif serta memupuk budaya keusahawanan, agenda tersebut juga dapat menggalakkan usahawan sedia ada untuk beralih ke arah pendigitalan terutamanya dengan pelbagai bentuk inisiatif yang dijalankan oleh agensi-agensi pusat dan negeri.
“Betapa pentingnya kita beralih kepada pendigitalan dalam perniagaan dan sektor lain untuk memastikan kita boleh beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Semasa pandemik COVID-19, penggunaan platform digital menjadi jalan keluar sementara, tetapi kesannya (dalam menjangkau khalayak yang lebih luas) dapat dilihat. Oleh itu, semakin banyak perniagaan (pada hari ini) menggunakan plafform digital untuk memperluaskan pasaran di dalam komuniti dan luar komuniti sehingga ke negeri-negeri lain,” kata Chow yang ditemui selepas merasmikan program Jelajah Jiwa SME 2023 di Aeon Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 21 Oktober lepas.
Jelajah Jiwa SME 2023 merupakan program anjuran Astro AWANI Network Sdn Bhd (Astro AWANI) yang bertujuan untuk mengumpul dan memperkasakan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar mereka dapat berkembang maju dalam era pasca pandemik hari ini.
Program tersebut yang telah memasuki edisi ketiga sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019 dijayakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Unifi Business sebagai Penaja Utama, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai Rakan Strategik dan Astro Radio Sdn Bhd sebagai Rakan Penyiar.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, dalam ucapan beliau berkata, adalah menjadi harapan agensi berita tersebut untuk mengangkat PMKS tempatan dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program Jelajah Jiwa SME, seiring dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan pada tahun 2030. Tambah beliau, Astro AWANI juga akan memberi fokus kepada usaha untuk mempromosikan produk PMKS tempatan di pasaran antarabangsa dengan Jiwa SME Go Global yang dijangka akan dilancarkan bermula tahun hadapan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, program Jelajah Jiwa SME 2023 diadakan di beberapa negeri bagi memberi ruang dan peluang kepada seramai mungkin usahawan PMKS dari pelbagai lokasi dan industri untuk mempromosikan produk mereka, di samping menjadi platform penghubung PMKS dengan pelbagai agensi kerajaan.
Dengan tema Gelanggang Inspirasi Usahawan, Jelajah JIWA SME 2023 bermula di Kota Kinabalu (22–23 Julai), diikuti dengan Johor Bahru (2–3 September), Kota Bharu (15–16 September), Bukit Mertajam (21–22 Oktober) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (24–26 November).
Selain pameran dan jualan produk keluaran PMKS tempatan, program tersebut turut menawarkan pelbagai seminar dan forum bersama pakar bidang dan usahawan berjaya termasuk Unifi Business. Antara topik yang diketengahkan adalah pendigitalan perniagaan, pemasaran digital dan pemulihan perniagaan pasca pandemik.
Ketua Pemasaran Digital Unifi Business, Kelvin Shaman, merupakan antara pakar bidang yang dijemput bagi sesi Dialog Jiwa SME di Bukit Mertajam. Dalam forum bertajuk Pendigitalan Perniagaan Bersama Unifi Business, Kelvin berkongsi pandangan berkaitan kepentingan pendigitalan dan bagaimana penyelesaian perniagaan yang ditawarkan oleh Unifi Business dapat membantu usahawan menembusi pasaran baru yang lebih luas di samping meningkatkan kecekapan dan daya saing.
Pengunjung dan usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan latihan dan pembiayaan perniagaan melalui agensi di bawah KUSKOP seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), dan SME Bank di reruai yang tersedia. Maklumat lanjut berkaitan Jelajah Jiwa SME 2023 boleh dilayari di portal rasmi program.
Unifi Business bekerjasama dengan pelbagai agensi terutamanya dalam usaha untuk memacu transformasi digital dalam kalangan PMKS. Lawati halaman Acara untuk mendapatkan maklumat berkaitan program terkini. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai solusi digital di laman sesawang Unifi Business.
Solusi berkaitan
Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda
Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani
Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda
- Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
- Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
- 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
Iklankan bisnes anda di platform percuma
Dattel
Sasaran Pelanggan Pelbagai Media
- Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
- Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
- Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
- REV ads manager
- Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
- Data ruang kerja yang berbilang dimensi
Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…
ScoreXcess
Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…
- Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
- Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
- Dikuasakan oleh CEDAR
- 'Onboarding' ringkas
Artikel berkaitan
[VIDEO] Ikon Usahawan Dedah Rahsia Kejayaan Digital Bersama Unifi Business
20 Oct 2023 • Bacaan 3 minit
Bagaimana untuk Tingkatkan Jualan Anda dengan Solusi Pemasaran Digital Unifi Business
20 May 2024 • Bacaan 5 minit
[VIDEO] 5 Faedah Pemasaran Digital untuk PMKS
18 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Dalami topik yang menjadi keutamaan anda
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang