Artikel
[VIDEO] Ikon Usahawan Dedah Rahsia Kejayaan Digital Bersama Unifi Business
20 Oct 2023 • Bacaan 3 minit
Para pelanggan yang berkunjung ke Unifi Store di pusat beli-belah Suria KLCC baru-baru ini berpeluang berinteraksi dengan usahawan berjaya, Anne Idris, di samping mendapat pendedahan berkaitan penyelesaian perniagaan Unifi Business.
Anne Idris merupakan pengasas My Mum’s Bakery dan pemenang Ikon Usahawan Muda di majlis Anugerah Ikon Usahawan Wanita, Konvensyen Usahawan 2019. Beliau berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan tip perniagaan dalam era digital yang semakin mencabar. Sesi perkongsian tersebut merupakan salah satu pengisian Program Biz Cemerlang Bersama Unifi Business yang dilancarkan pada 5 Oktober lepas.
Program khas ini diadakan untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada para pelanggan Unifi Business, khususnya dari segi pendedahan kepada teknologi digital yang berupaya memastikan kelangsungan syarikat. Pelanggan yang hadir dapat memahami dengan lebih jelas tentang penyelesaian perniagaan yang ditawarkan Unifi Business melalui seminar yang diadakan. Antara penyelesaian yang diketengahkan adalah solusi pemasaran digital (DMS), hab e-dagang (Unifi eCommerce Hub), storan awan (Unifi Cloud Storage) dan keselamatan siber (Kaspersky Small Office Security).
Sebagai tanda sokongan kepada pelanggan, tenaga kerja Unifi Business turut membantu beberapa usahawan yang hadir untuk menghasilkan video pendek bagi mempromosikan produk mereka di platform digital. Semua perkhidmatan berkaitan penciptaan kandungan video ‘Tik Tok Corner’ tersebut termasuklah proses rakaman, rekaan grafik dan penulisan iklan diberikan secara percuma. Video ini akan dikongsi di akaun media sosial rasmi Unifi Business dan portal Unifi Business Club (UBC). Ia juga boleh disiarkan oleh pelanggan di mana-mana platform milik mereka.
Program Biz Cemerlang Bersama Unifi Business yang dijangka berlangsung sehingga bulan December ini akan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara. Pelanggan Unifi Business daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berminat untuk mengikuti program Biz Cemerlang boleh mendapatkan maklumat lengkap seperti tarikh dan lokasi terkini di halaman Acara portal UBC.
Unifi Business menawarkan pelbagai penyelesaian digital dengan harga mampu milik untuk meningkatkan daya saing PMKS. Terokai solusi pemasaran digital, hab e-dagang, penstoran awan dan keselamatan siber sekarang.
Solusi berkaitan

Setiap ahli uBC boleh menikmati DISKAUN…
EasyStore
Urus E-dagang Pelbagai Saluran
- Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
- Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
- Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
- Bisnes analitik yang melancarkan operasi

Urusan bisnes dalam genggaman!
Bizapp
Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…
- Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
- Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
- ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
- Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…
AirAsia Academy
Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan
- Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
- Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa
- Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
- Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Dalami topik yang menjadi keutamaan anda
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang