Artikel

Unifi Business dan MARA Sabah Menjayakan Program Penjana Pembudayaan Digital untuk Usahawan PMKS

E-Dagang
Digitalisasi
Digitasi
Teknologi
Tip & Panduan
Nasihat Niaga

21 Feb 2023 • Bacaan 3 minit

Jalinan kolaborasi ini ialah sebahagian daripada usaha berterusan bagi membimbing golongan peniaga tempatan supaya digitalisasi dan digitasi dapat diamalkan dengan cemerlang.

 

Unifi Business baru-baru ini bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dalam membawa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri Sabah menuju ke arah pendigitalan. 

 

Dengan berlatarbelakangkan keindahan Negeri di Bawah Bayu, Program Penjana Pembudayaan Digital telah berlangsung selama tiga hari dua malam pada 17–19 Januari 2023 di The Palace Hotel Kota Kinabalu. Program tersebut membolehkan para usahawan menimba ilmu khususnya mengenai pendigitalan perniagaan. Ia disertai 40 usahawan di bawah bidang kuasa MARA. 

 

Matlamat dan aspirasi 

 

Objektif utama program adalah untuk memberi galakan serta panduan kepada usahawan PMKS yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka menggunakan capaian Internet dan platform dalam talian. 

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempercepat dan menyokong peralihan PMKS ke dunia teknologi digital serta meningkatkan daya saing mereka dengan pengetahuan dan kemahiran digital. 

 

“Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku syarikat senaraian awam (PLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan masa depan Malaysia kini,” kata Mohamad Yusman Ammeran, Ketua Sektor PKS, Unifi Business. 

 

“Program seperti ini merupakan antara usaha dan sokongan berterusan Unifi Business dalam meningkatkan penggunaan teknologi dalam kalangan PMKS dan membantu mereka dalam memperhebatkan penglibatan PMKS dalam mengembangkan ekonomi digital negara,” katanya.

 

Sokongan padu dan komitmen tinggi

 

Bersama-sama memacu transformasi digital

 

Kerjasama Unifi Business dan MARA Sabah membantu usahawan melalui program yang komprehensif dengan modul yang lengkap, peranti pintar dan latihan yang mudah. 

 

Bagi memastikan keberkesanan program ini, Unifi Business memberikan sokongan berterusan supaya para usahawan beroleh hasil yang diingini melalui proses intervensi berkonsepkan hand-holding untuk tiga bulan pertama.  

 

Seramai 40 PMKS yang terlibat telah dilatih menggunakan Unifi eCommerce Hub, sebuah pusat sehenti yang membantu golongan usahawan menguruskan pelbagai aspek perniagaan dan aktiviti e-dagang dengan mudah dan cekap.

 

Program Penjana Pembudayaan Digital Unifi Business dan MARA Sabah

 

Bantuan juga termasuk penggunaan peranti pintar bagi memudahkan usahawan-usahawan PMKS melakukan perniagaan dalam talian. 

 

Modul pembelajaran yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar yang pakar merangkumi pengetahuan asas tentang pemasaran digital. Contohnya, teknik mengambil gambar, kaedah mencipta reka bentuk imej secara kreatif menerusi aplikasi Canva dan cara menulis ayat iklan yang menarik. 

 

Peserta juga mempelajari proses mendaftar akaun Shopee dan seterusnya mula mempraktikkan jualan dalam talian. 

 

Apa kata usahawan yang menjalani Program Penjana Pembudayaan Digital? 

 

Program Penjana Pembudayaan Digital Unifi Business dan MARA Sabah

 

Berikut merupakan sebahagian daripada maklum balas peserta-peserta program latihan tersebut: 

 

“Teori dan praktikal seiring. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Tenaga pengajar yang terbaik, berilmu dan berkemahiran dalam setiap modul yang diberikan. Pendigitalan dalam pemasaran yang amat diperlukan oleh pemain industri untuk memantap dan memperkasakan strategi pemasaran. Terima kasih MARA. Terima kasih TM.” — Juhilin Tutun, Anisah Enterprise. 

 

“Program pembudayaan digital ini sangat diperlukan dan skopnya sangat luas. Harap latihan dapat diteruskan.” — Nur Sheraida Alimadi, Cocodoki International Sdn Bhd. 

 

Secara keseluruhannya, pihak penganjur berjaya mendapat sambutan yang sangat positif daripada para usahawan dan rakan kongsi Unifi Business yang telah menghadiri program ini. 

 

Unifi Business berharap kerjasama ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan digital dan membuka lebih banyak peluang transformasi digital kepada semua PMKS di Malaysia. 

 

Unifi Business menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada usahawan PMKS melalui hab e-dagang Unifi eCommerce Hub dan perkhidmatan storan awan Unifi Cloud Storage.

 

Bukan itu sahaja, solusi pemasaran digital lengkap dan keselamatan siber turut disediakan. Jangan lepaskan peluang ini. Kuasai pasaran digital bersama Unifi Business!