Artikel

Unifi Business, Maybank Islamic Jalin Kerjasama Tawar Perkhidmatan Perbankan Islam dengan Rangkaian 5G

Digitalisasi
Kewangan

07 Mar 2024 • Bacaan 3 minit

Kini dilancarkan: Go Niaga, pakej perbankan perniagaan mudah alih yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

 

Direka untuk memberi manfaat kepada golongan usahawan dan peniaga PMKS tempatan, kolaborasi ini menggabungkan perkhidmatan kewangan oleh Maybank Islamic dan pakej mudah alih Uni5G TM, sekali gus menawarkan akses dan pengalaman yang lancar kepada pelanggan secara digital. 

  

Seiring dengan kolaborasi strategik ini, Unifi Business dan Maybank Islamic telah melancarkan Go Niaga, pakej perkhidmatan perbankan perniagaan mudah alih bagi membantu PMKS menguruskan kewangan, meningkatkan pendapatan dan menawarkan pilihan pembayaran digital yang didayakan oleh rangkaian digital yang selamat. 

  

Pakej ini mengisi jurang pasaran semasa dalam segmen ini dan memperluaskan jangkauan perniagaan kepada lebih ramai pelanggan melalui perkhidmatan e-dagang. 

  

Penyelesaian Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) yang lain daripada yang lain 

  

Dato’ Mohamed Rafique Merican, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic berkata, kerjasama ini merupakan satu inovasi dalam inklusi kewangan yang merangkumi penyelesaian BaaS menerusi platform Unifi Business. Kini, individu atau peniaga yang tanpa kelayakan pembiayaan (unbankable) atau kurang khidmat bank (underbanked) mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan Maybank dengan liputan rangkaian mudah alih 5G melalui teknologi inovasi daripada TM. 

  

Menurutnya lagi, walaupun teknologi ini berasal daripada konsep BaaS, apa yang menjadikannya unik ialah pematuhan terhadap prinsip patuh syariah, menjadikannya perintis pertama di Malaysia. Ia menggabungkan teknologi moden dengan keperluan etika kewangan Islam, menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif dan patuh syariah.  

  

Shanti Jusnita Johari, Ketua Pegawai Komersial bagi Strategi Pengguna & Perniagaan di Unifi berkata, PMKS adalah sektor pertumbuhan penting dalam ekonomi negara. Segmen ini kini menyumbang hampir 38% kepada KDNK Malaysia, namun potensi mereka terhalang oleh akses yang terhad kepada alat digital dan perkhidmatan kewangan. 

  

Ini lebih ketara dalam kalangan segmen yang kurang berkemampuan, perniagaan mikro dan kecil yang menghadapi banyak cabaran dalam mengakses perkhidmatan kewangan dan inovasi digital yang diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup dan sumber pendapatan mereka. 

  

Tambahnya lagi, sebagai rakan kerjasama yang dipercayai kepada lebih 400,000 PMKS di seluruh negara, pihak syarikat percaya kerjasama strategik ini merupakan satu intervensi yang tepat untuk menangani cabaran yang sedia ada dengan berkesan dan membantu peniagaan tempatan meraih peluang ekonomi digital. 

  

Ingin tahu dengan lebih terperinci tentang solusi Go Niaga dan bagaimana ia memberi pelbagai manfaat kepada perniagaan anda? Kami huraikannya untuk anda! 

  

Mengenai pakej Go Niaga Unifi Business dan Maybank Islamic

 

 

Pakej perbankan perniagaan mudah alih Go Niaga merupakan pakej perkhidmatan pertama oleh Unifi Business dan Maybank Islamic. Pakej ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perbankan asas untuk para usahawan tempatan dan PMKS.  

  

Bagi membantu peniaga tempatan seperti anda menyelaraskan operasi, pakej Go Niaga menawarkan: 

  

  1. Deposit minimum serendah RM100 untuk membuka akaun SME First Account-i: membolehkan anda memisahkan akaun peribadi dan perniagaan yang akan membantu meningkatkan penarafan kredit anda dalam jangka panjang. 

 

  1. Kemudahan pembayaran melalui Maybank QRPay Biz dan Tap2Phone — membolehkan POS awan (cloud-based) melalui peranti mudah alih bagi memudahkan pembayaran secara digital/kad. 

 

  1. Kemudahan kredit termasuk Pembiayaan Digital SME Maybank Islamic: Program Aspirasi Wanita — memberikan lebih banyak usahawan akses kepada dana yang boleh membantu mereka menstabilkan dan memperluas perniagaan mereka. 

 

  1. Pelan mudah alih Uni5G Postpaid Biz 39, Uni5G Postpaid Biz 55 dan Uni5G Postpaid Biz 89 dipakejkan dengan peranti mudah alih 5G percuma — memastikan akses yang selamat kepada perkhidmatan kewangan pada bila-bila masa, di mana saja dengan keupayaan 5G kepada komuniti yang lebih ramai. 

 

  1. Rebat tunai pada bil Unifi Mobile apabila pelanggan mendaftar dan mengaktifkan untuk kemudahan pembayaran peniaga Maybank Tap2Phone dan pakej Uni5G Postpaid Biz.

    

Fasa permulaan ini tersedia mulai dari sekarang hingga 29 Mei 2024. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai kelebihan yang ditawarkan, sila berkunjung ke cawangan Unifi Store terpilih pada hari Selasa, cawangan Maybank terpilih pada hari Rabu dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara (lihat semua lokasi). 

  

Mahukan lebih info? Lawati laman rasmi pakej Go Niaga untuk keterangan lanjut. Selain itu, pastikan anda sentiasa mengunjungi portal Unifi Business Club (UBC) untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan Go Niaga. Jangan ketinggalan!

Solusi berkaitan

image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

1

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas
image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solusi

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa
image

Iklankan SME Anda di Platform Percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi