Artikel

[VIDEO] Bagaimana untuk Menggunakan Unifi Cloud Storage, Penyelesaian Penyimpanan Awan daripada Unifi Business

Digitalisasi
Storan Awan

19 Mar 2024 • Bacaan 2 minit

Masih gunakan fail fizikal atau peranti storan data seperti pendrive untuk simpan segala maklumat perniagaan anda? Jom beralih ke Unifi Cloud Storage, penyelesaian digital daripada Unifi Business yang sesuai untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

 

Padat dengan pelbagai ciri menarik, Unifi Cloud Storage menyediakan ruang penyimpanan data yang bukan sahaja selamat dan mempunyai kapasiti storan yang tinggi, malah fleksibel dan mudah diubah (customisable) mengikut keperluan anda.

 

Penyelesaian penyimpanan awan ini membantu anda mengakses serta menguruskan dokumen dan maklumat penting dengan mudah, sekali gus membolehkan anda menjana produktiviti dan fokus kepada perkembangan syarikat. Unifi Cloud Storage dihoskan di Malaysia iaitu di fasiliti bertaraf Tier-3 yang diiktiraf dari segi keselamatan dan pemantauan data.

 

Tip penting untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Sebagai pelanggan Unifi, anda boleh melanggan pelan Unifi Cloud Storage pada harga istimewa. Penjimatan berganda menanti anda dengan harga permulaan serendah RM9 sebulan!

 

Jom kita tengok apa lagi kelebihan dan kegunaan Unifi Cloud Storage. ​​​​Tonton video ini sekarang untuk mempelajari cara memanfaatkan solusi ini dengan sebaik mungkin.

 

Untuk info terperinci tentang pelan langganan dan banyak lagi, lawati halaman Unifi Cloud Storage di portal Unifi Business.

Ruang simpanan fleksibel dan selamat di alam maya

Unifi Cloud Storage