Artikel

[VIDEO] Panduan Memohon Sijil dan Logo Halal JAKIM

Nasihat Niaga

04 Apr 2024 • Bacaan 2 minit

Perniagaan makanan dan minuman (F&B) sering menjadi pilihan usahawan. Sektor ini dianggap lebih menguntungkan.

 

Dengan lokasi strategik dan berbekalkan kepakaran memasak serta tawaran menu yang menarik, anda boleh mendapatkan ramai pelanggan dengan mudah. 

 

Malangnya, ada peniaga yang kurang kesedaran tentang kepentingan mempunyai Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

 

Bahkan, ada kafe dan restoran tempatan yang menyajikan menu yang dilabel no pork, no lard (tiada khinzir, tiada lemak babi) di premis mereka. 

 

Bagaimana pula jika ada penggunaan bahan beralkohol dalam penyediaan makanan seperti wain beras (mirin) atau ayam dan daging yang tidak disembelih mengikut syariah? 

 

Pengusaha industri halal bertanggungjawab memastikan makanan dan minuman yang dijual menepati hukum syarak Islam dan mempunyai status halal yang sah.

 

Para peniaga termasuklah penjaja makanan di gerai tepi jalan wajib mematuhi peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi mendapatkan sijil dan logo halal yang diperakui. 

 

Saksikan video ini untuk mengetahui cara-caranya.

 

Jadilah sebahagian komuniti Unifi Business Club (UBC) untuk menikmati pelbagai penyelesaian digital yang dapat menyokong pertumbuhan perniagaan anda!

Bagaimana untuk memenuhi prosedur dan piawaian pensijilan halal dengan mudah

Rujukan Berguna untuk Para Peniaga