Artikel

Dana Iklan Digital OHSEM Bernilai RM21 Juta Dilancar untuk Bantu PKS

Pemasaran & Penjenamaan

11 Aug 2023 • Bacaan 5 minit

1,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpeluang untuk mempromosikan produk mereka di platform kandungan premium REV Media Group dengan hanya RM1,000 melalui Dana Iklan Digital OHSEM.

Dana bernilai RM21 juta tersebut disediakan melalui kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Dattel Asia Group (DTL) dan REV Media Group (REV). Ia telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, pada bulan Ogos 2023 semasa pembukaan acara OHSEM Marketing 360° anjuran bersama DTL dan Media Prima Berhad. Persidangan dan pameran teknologi dan solusi pemasaran tersebut dijayakan buat pertama kalinya dengan sokongan pelbagai agensi termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Unifi Business.

Pelancaran OHSEM Marketing 360

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DTL, Ashran Dato’ Ghazi, OHSEM Marketing 360° dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan PKS tentang solusi dan teknologi pemasaran terkini bagi membantu mereka melonjakkan jenama dan jualan mereka.

“Dana Iklan Digital OHSEM yang dilancarkan juga memberi peluang kepada PKS untuk mengiklankan produk mereka di platform kandungan premium REV dengan kos yang jauh lebih rendah. Kos asal bagi sesebuah kempen pengiklanan di platform kandungan premium REV ialah RM8,000. Tetapi dengan adanya Dana Iklan Digital OHSEM, usahawan hanya perlu membayar RM1,000, manakala kos selebihnya akan ditanggung oleh DTL dan REV,” kata Ashran.

Katanya, mana-mana PKS boleh memohon untuk mendapatkan bantuan secara dalam talian di laman sesawang yang disediakan. Permohonan akan ditutup secara automatik apabila kuota 1,000 pemohon telah dipenuhi. Beliau menambah, ada perancangan untuk menjadikan OHSEM Marketing 360° sebagai acara tahunan berikutan sambutan baik yang diterima daripada pelbagai pihak bagi pelancaran yang pertama.

Ahmad Fahmi berkata, inisiatif membabitkan kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan itu amat dialu-alukan dan perlu dicontohi pihak lain kerana ia dapat menyokong pertumbuhan PKS, sekali gus menggerakkan ekonomi negara.

“Dengan adanya iklan PKS di platform kandungan lokal, ini dapat memastikan pemain industri media tempatan juga akan menjadi lebih mampan. Mengikut data, rakyat Malaysia berbelanja dalam lingkungan RM2 bilion di platform Facebook. Secara tidak langsung, Ringgit Malaysia keluar dan tidak menjana pusingan ekonomi dalam negara. Justeru, melalui pelancaran dana ini, saya harap sebahagian daripada perbelanjaan pengiklanan dapat menggerakkan ekonomi tempatan,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran OHSEM Marketing 360° di Pullman Kuala Lumpur Bangsar.

Acara OHSEM Marketing 360° yang berlangsung selama lapan jam menampilkan lebih 10 penceramah daripada pelbagai bidang dan industri, 35 seminar berkaitan pelbagai topik, dan lebih 30 pempamer termasuk Unifi Business yang juga merupakan Rakan Strategik Platinum. Lebih 2,800 peserta telah menyertai acara ini.

Lawati halaman Acara untuk maklumat program keusahawanan terkini.Anda juga boleh mendapatkan pelbagai solusi perniagaan seperti penyelesaian pemasaran digital dan keselamatan siber di portal Unifi Business.

Solusi berkaitan

image

Iklankan SME Anda di Platform Percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Setiap ahli uBC boleh menikmati DISKAUN…

Solusi

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi