Artikel

3 Cara Efektif Urus Media Sosial untuk Perniagaan Anda

Pemasaran & Penjenamaan
Tip & Panduan

13 Jul 2023 • Bacaan 3 minit

Selain dapat menjimatkan kos pemasaran, rangkaian media sosial yang hebat dapat memberi impak positif kepada reputasi perniagaan. Ia juga berpotensi menggalakkan aktiviti pembelian dalam kalangan pelanggan dan prospek yang aktif menggunakan media sosial.

 

Media sosial merupakan teknologi komunikasi dalam talian yang mencatat bilangan pengguna paling ramai ketika ini. Berdasarkan laporan Digital 2023, Malaysia mempunyai 26.8 juta pengguna media sosial pada Januari 2023 iaitu 78.5% penduduk negara ini. Para pemilik perniagaan perlu bersaing sengit bagi memastikan akaun media sosial mereka berjaya menarik minat warga maya.

 

Platform media sosial berfungsi sebagai saluran pemasaran yang berupaya meningkatkan hasil jualan. Pelbagai jenis kandungan (content) dan hebahan info mengenai perniagaan boleh dikongsikan di aplikasi media sosial untuk tujuan promosi dan menggalakkan interaksi dua hala antara entiti perniagaan dengan pengguna.

 

Inserting image... 

Bagi memberi tanggapan awal yang baik kepada pelanggan dan prospek, akaun media sosial perniagaan anda hendaklah kelihatan teratur dan padat dengan informasi yang bermanfaat. 

 

Visual serta lenggok bahasa yang sesuai hendaklah digunakan untuk membuat hantaran (posting) di media sosial. Laman media sosial yang menampilkan pengisian berfaedah akan memberi persepsi yang positif terhadap perniagaan anda dan mampu mempengaruhi tabiat serta emosi pelanggan.  

 

Sebaliknya, hantaran yang menjemukan hanya akan menghasilkan tanggapan yang kurang meyakinkan terhadap imej serta mutu perniagaan anda. 

 

Setiap kandungan media sosial harus mempunyai objektif dan tujuan yang jelas agar ia berjaya meraih perhatian pengguna. Ikuti tiga cara yang kami kongsikan ini untuk membantu anda menguruskan media sosial dengan berkesan.  

 

1. Guna kalendar kandungan (content calendar)

 

Inserting image... 

Ada kalanya anda mungkin menghadapi masalah untuk mencari idea bagi menghasilkan kandungan media sosial yang menarik dan berkualiti. 

 

Kalendar kandungan membolehkan anda merancang, menyusun strategi dan menjadualkan kandungan media sosial dengan lebih awal bagi mencapai sasaran setiap hantaran. 

 

Ia juga dapat membantu anda memantau serta menilai analisis capaian bagi setiap hantaran dengan lebih terperinci. Anda boleh tentukan masa dan kandungan mana yang sesuai untuk setiap saluran media sosial yang anda miliki.  

 

2. Pelbagaikan kandungan

 

Inserting image... 

Setiap media sosial mempunyai ciri penggunaan yang tersendiri. Anda perlu memahami konsep  serta fungsi media sosial tersebut supaya mudah untuk menentukan jenis dan variasi kandungan yang lebih kreatif agar imej perniagaan anda kelihatan unik berbanding pesaing. 

 

Jika anda terlalu kerap membuat hantaran berbentuk promosi atau berunsur hard sell, pengikut mungkin akan berasa bosan. Anda harus bijak merangka idea kandungan mengikut trend semasa agar para pengikut menjadi lebih tertarik untuk mengikuti perkembangan perniagaan anda secara konsisten. 

 

Untuk memudahkan anda, bahagikan jenis kandungan kepada beberapa kategori seperti:

 

  • Pendidikan  

  • Kesedaran 

  • Belakang tabir 

  • Hiburan 

  • Panduan 

  • Inspirasi 

 

3. Sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan

 

 

Hantaran gambar atau video sahaja tidak cukup untuk mengekalkan hubungan dalam talian yang erat dengan audiens anda. 

 

Anda perlu berinteraksi dengan para pelanggan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan mengetahui apakah jenis kandungan yang sesuai untuk dipaparkan kepada mereka. Apa yang anda boleh lakukan:

 

  • Buat tinjauan (poll) mengenai produk 

  • Guna tanda pagar (hashtag) yang relevan untuk setiap kandungan 

  • Guna emotikon atau emoji untuk menzahirkan emosi dalam penulisan iklan (copywriting

  • Balas komen dengan segera  

 

Maklum balas yang positif dan pantas daripada pihak anda berupaya memberi kepuasan kepada pelanggan. Sikap yang profesional harus diamalkan agar kredibiliti jenama dan perniagaan anda sentiasa terpelihara. 

 

Kesimpulannya, menguruskan jaringan sosial perniagaan bukan perkara yang mudah. Anda perlu banyak mencuba untuk mendapat rentak yang betul walaupun ia memakan sedikit masa. Apa yang penting, jangan mudah berputus asa. Teruskan usaha untuk memantapkan proses penghasilan kandungan media sosial demi kemajuan perniagaan anda. 

  

Perlukan sokongan dan panduan untuk mengendalikan perniagaan digital? Terokai solusi daripada Unifi Business seperti Unifi eCommerce Hub, Unifi Cloud Storage, Kaspersky Small Office Security dan Digital Marketing Solution

 

Selain itu, jom sertai program keusahawanan secara percuma bagi membantu anda mengembangkan perniagaan! 

Solusi berkaitan

image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi
image

Iklankan SME Anda di Platform Percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

10,000 emel PERCUMA setiap bulan tanpa…

Solusi

0

Enginemailer

Nikmati Solusi Pemasaran Emel yang…

  • Saring dan bina lebih banyak hubungan
  • Rekaan yang melengkapi kempen
  • Hantaran emel yang tepat kepada pengguna yang disasarkan
  • Memantau dan mengoptimumkan kempen