Artikel
Taktik Tingkatkan Jualan Guna Pempengaruh Media Sosial
17 Mar 2023 • Bacaan 3 minit
Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini berupaya menjana pendapatan sampingan yang tinggi dengan bermodalkan personaliti menarik serta kepetahan bertutur di hadapan kamera. Ada juga yang menjadikan kerjaya dunia digital tersebut sebagai karier sepenuh masa.
Banyak perniagaan dalam talian sering menggunakan khidmat pempengaruh media sosial (social media influencer) untuk membantu memperkenalkan produk atau servis mereka kepada pelanggan sasaran.
Apa itu pemasaran oleh pempengaruh?
Pemasaran oleh pempengaruh (influencer marketing) ialah sejenis teknik pemasaran media sosial yang menggunakan bakat serta keupayaan individu berpengaruh dengan bilangan pengikut yang tinggi. Golongan ini termasuklah penggiat YouTube (YouTuber), selebriti dan para sosialit.
Mereka selalunya dibayar pada kadar tertentu bergantung kepada jumlah pengikut, capaian pengguna serta tanda suka pada entri atau video ulasan yang dimuat naik.
Bukan itu sahaja, jenama atau perniagaan ada kalanya akan memberi hadiah berupa produk terkini untuk tujuan penempatan produk (product placement) yang turut berfungsi sebagai pengiklanan dan promosi percuma.
Faedah pempengaruh media sosial untuk perniagaan
Jika anda mahu menggunakan khidmat pempengaruh bagi melancarkan promosi produk terbaharu, anda hendaklah membuat perancangan dengan teliti untuk memilih calon yang bersesuaian.
Setiap pempengaruh mempunyai komuniti pengikut yang tersendiri. Tetapkan bajet mengikut kemampuan dan pastikan individu yang dipilih mampu membantu anda menarik perhatian orang ramai dan membina keyakinan pelanggan sepadan dengan pengkhususan pasaran (niche market).
Kandungan kreatif dan berkualiti
Pempengaruh dianggap sebagai orang yang arif dalam mengendalikan penghasilan kandungan yang disiarkan di media sosial seperti TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook. Setiap akaun media sosial yang mempunyai jumlah pengikut tinggi mempunyai daya penarik serta nilai estetik tersendiri.
Hantaran imej atau video yang dibuat oleh pempengaruh berupaya meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai produk dan jenama anda. Hebahan menerusi perkongsian yang dilakukan oleh individu popular biasanya lebih berkesan untuk meraih reaksi positif daripada pengguna platform digital.
Mengekalkan reputasi jenama
Kandungan yang dicipta oleh pempengaruh dapat menepis tanggapan negatif orang awam terhadap produk anda. Jika perniagaan anda pernah terpalit reputasi buruk, anda boleh menjernihkan keadaan dengan memanfaatkan ulasan yang mereka sampaikan.
Pengikut di media sosial lebih terbuka untuk menerima perspektif selebriti kesayangan mereka. Produk anda berpotensi untuk tular sekali gus meningkatkan trafik ke laman rasmi perniagaan anda sekiranya berjaya mencuit hati warga siber.
Bina identiti dengan tanda pagar
Apabila pengguna membuat carian di media sosial menggunakan tanda pagar (hashtag), hasil carian yang paling popular dan terkini akan terpapar terlebih dahulu.
Setiap hantaran yang dimuat naik pempengaruh mempunyai jangkauan yang lebih luas dan mudah ditemui kerana status akaun yang diiktiraf.
Sebagai contoh, akaun di Instagram yang memiliki centang biru (verified) menandakan akaun berkenaan benar-benar dimiliki oleh individu yang terkenal dan bukannya akaun palsu.
Sebelum melantik mana-mana duta atau personaliti untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan anda, pastikan mereka sertakan tanda pagar yang unik menerusi setiap hantaran atau kapsyen yang disediakan.
Mereka juga boleh menyertakan tanda pagar yang relevan dan popular di Malaysia pada saat ini seperti #photooftheday, #viralmalaysia, #sayajual atau #menurahmah dan menyesuaikannya dengan jenis perniagaan anda.
Promosi yang bersifat santai
Terdapat beratus jenis iklan yang diterbitkan di media sosial setiap hari bagi mempromosikan perniagaan dan menjana jualan. Walau bagaimanapun, tidak semua iklan berjaya mencetuskan pembelian segera dalam kalangan pengguna.
Pengiklanan digital yang menggunakan gambar dan kapsyen semata-mata hanya akan mengundang rasa bosan kerana tidak mempunyai kelainan. Tiada pengguna yang akan perasan atau ambil peduli dengan iklan-iklan biasa.
Promosi yang dilakukan secara bersahaja didapati lebih efektif. Perkongsian video atau penstriman langsung (live streaming) yang interaktif mampu menggalakkan komunikasi dua hala di antara penyampai dengan penonton.
Pempengaruh juga bebas menggunakan idea kreatif untuk menggayakan atau menggunakan produk anda berdasarkan amalan yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Para pengikut pasti teruja menyaksikan paparan gaya hidup yang spontan.
Unifi Business Club (UBC) komited untuk memenuhi impian usahawan seperti anda!
Sertai platform e-dagang Unifi eCommerce Hub untuk mengintegrasi dan mengawal kesemua akaun perniagaan dalam talian anda secara serentak menerusi satu sistem. Daftar sekarang dengan harga istimewa serendah RM49 sebulan untuk ahli UBC!
Solusi berkaitan
Iklankan bisnes anda di platform percuma
Dattel
Sasaran Pelanggan Pelbagai Media
- Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
- Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
- Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
- REV ads manager
- Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
- Data ruang kerja yang berbilang dimensi
Solusi bijak untuk para peniaga
TNG eWallet Soundbox
Peranti Pencegahan Penipuan yang…
- Pantau semua pembayaran masuk dengan pemberitahuan audio dan visual
- Tidak memerlukan pengesahan pembayaran daripada pelanggan
- Reka bentuk kompak dan mudah alih
- Tersedia dalam pelbagai bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Cina
- Melindungi peniaga daripada transaksi penipuan
Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda
Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani
Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda
- Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
- Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
- 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Dalami topik yang menjadi keutamaan anda
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang