Artikel

[VIDEO] Bagaimana untuk Mengaktifkan Akaun Unifi Cloud Storage melalui E-mel

Solusi Digital

17 May 2024 • Bacaan 2 minit

Gunakan Unifi Cloud Storage bagi meningkatkan produktiviti dan melancarkan operasi perniagaan anda.

 

Unifi Cloud Storage ialah solusi daripada Unifi Business yang membolehkan anda menyimpan fail dan maklumat syarikat seperti invois, resit dan lain-lain rekod penting ke simpanan awan. Dengan Unifi Cloud Storage juga, anda dapat mengakses data anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 

 

Penyelesaian storan awan ini mempunyai banyak kelebihan yang perlu dimanfaatkan oleh komuniti peniaga di negara ini, khususnya usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

 

1. Piawai keselamatan yang ketat

 

Ciri-ciri keselamatan yang canggih berserta enkripsi atau penyulitan yang komprehensif memastikan hanya pihak yang dibenarkan sahaja dapat membaca dan mengubah data.

 

2. Kebolehsesuaian dan fleksibiliti

 

Anda bebas menyesuaikan pengurusan akses dan peruntukan storan mengikut keperluan anda. Contohnya, hak akses bagi setiap akaun tidak terhad kepada seorang individu sahaja, malah boleh diberi kepada beberapa kakitangan syarikat.

 

Di samping itu, aplikasi Unifi Cloud Storage boleh dipasang dan diakses pada komputer (desktop) serta peranti mudah alih (mobile) iOS mahupun Android.

 

3. Hos tempatan

 

Kesemua data dihoskan di Malaysia bertempat di pusat data yang diperkukuh dengan sekuriti bertaraf Tier-3 yang diiktiraf dari aspek keselamatan, akses pantas, pemantauan dan uptime.

 

4. Penjimatan hebat

 

Menawarkan solusi simpanan awan yang memaksimumkan nilai dan pulangan untuk wang anda.

 

Tip penting: Untuk kemudahan anda, Unifi Cloud Storage boleh diaktifkan menerusi aplikasi dan juga e-mel. Dalam perkongsian video kali ini, kami paparkan cara untuk mengaktifkan akaun anda menggunakan e-mel. Jom tonton sekarang!

Panduan tunjuk cara bagi perkhidmatan storan awan

Langkah-langkah Mudah untuk Aktifkan Akaun Unifi Cloud Storage melalui E-mel