Artikel

[VIDEO] Bagaimana untuk Menggunakan Kaspersky Small Office Security, Penyelesaian Keselamatan Siber daripada Unifi Business

Keselamatan Siber
Digitalisasi

18 Mar 2024 • Bacaan 2 minit

Bimbang dengan jenayah siber yang kian berleluasa? Ingin pastikan maklumat sensitif seperti kata laluan dan butiran perbankan syarikat anda selamat daripada digodam? Dengan hanya serendah RM30 sebulan, anda boleh melindungi data berharga dan operasi perniagaan anda di ruang digital tanpa risau lagi.

 

Menurut firma keselamatan siber terkemuka Kaspersky, ancaman siber di Malaysia akan terus meningkat pada 2024. Bagi menangani risiko siber yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan, Unifi Business tampil menawarkan Kaspersky Small Office Security (KSOS).

 

Penyelesaian keselamatan siber ini dilengkapi dengan gridlock barrier yang bertindak sebagai perisai untuk menghalang pelbagai bentuk serangan siber secara menyeluruh, termasuklah perisian hasad (malware), perisian tebusan (ransomware), kecurian data, cubaan pancing data (phishing), penipuan pembayaran (payment scam) dan lain-lain ancaman dalam talian.

 

Anda berupaya melindungi bermacam-macam peranti dan bilangan pengguna yang ramai dalam satu-satu masa. Dari satu titik sentuh atau touchpoint sahaja, keselamatan siber syarikat anda terjamin dengan senang dan cekap!

 

Saksikan video ini untuk mengetahui kelebihan Kaspersky Small Office Security serta langkah-langkah untuk menggunakan perisian ini. Banyak manfaat hebat menanti anda pada harga langganan serendah RM30 sahaja!

 

Perlukan maklumat lanjut? Kunjungi laman Kaspersky Small Office Security di portal Unifi Business hari ini.

Perisai anda dalam dunia digital

Kaspersky Small Office Security