Article

[VIDEO] Bagaimana untuk Meningkatkan Keselamatan Siber Perniagaan Anda

Keselamatan Siber

30 Aug 2023 • 2 min read

Peningkatan jumlah usahawan yang beralih ke platform e-dagang telah menarik perhatian penjenayah siber untuk aktif melakukan serangan secara digital. Sudah tiba masanya anda memperkukuhkan benteng pertahanan syarikat!

 

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) paling banyak terdedah kepada risiko serangan siber. Ini memandangkan tahap literasi digital kebanyakan peniaga sektor tersebut masih rendah. 

 

Kurangnya kesedaran serta pengetahuan untuk melindungi peralatan elektronik dan sistem urus niaga menjadi antara punca utama mengapa penjenayah lebih tertarik untuk mensasarkan mereka sebagai mangsa. 

 

Perniagaan digital melibatkan penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar bagi mengakses data sulit perniagaan termasuklah maklumat perbankan serta maklumat peribadi pelanggan. Perkara ini mampu mengundang ancaman jenayah siber yang serius.

 

Inserting image...

 

Sebarang isu kebocoran data akan mencalar imej dan reputasi syarikat. Selain itu, insiden keselamatan siber turut mengakibatkan wang simpanan lesap sekelip mata.  

  

Justeru, PMKS harus mengambil langkah segera bagi menjamin keselamatan sistem operasi serta penyimpanan maklumat dalam talian. 

 

Nak tahu cara terbaik untuk mengelakkan perniagaan anda daripada menjadi mangsa serangan siber? Saksikan video penuh informasi yang kami sediakan.

 

Manfaatkan perisian keselamatan Kaspersky Small Office Security untuk melindungi peranti serta sistem operasi perniagaan anda secara menyeluruh. 

 

Manfaat eksklusif buat ahli Unifi Business Club (UBC): Sehingga 80 ahli UBC berpeluang untuk menyertai Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS) dan menikmati insentif sehingga RM100,000 (tertakluk pada terma dan syarat). Nak rebut peluang ini? Pastikan anda menghadiri taklimat dan sesi kesedaran keselamatan siber anjuran bersama Unifi Business dengan CyberSecurity Malaysia. Klik di sini untuk mendaftar secara percuma!

Bagaimana untuk Meningkatkan Keselamatan Siber Perniagaan Anda

Related solutions

image

Setiap ahli UBC boleh menikmati DISKAUN…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solutions

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solutions

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi