Artikel

[VIDEO] Tip Jimat Duit Modal untuk Usahawan Baru

Kewangan

22 Apr 2024 • Bacaan 2 minit

Masalah kekurangan dana sering menjadi penghalang yang menggugat kemampuan seseorang untuk bergelar ahli perniagaan. Ikuti perkongsian berguna dalam video kali ini!

 

Membuka perniagaan baru tidak semudah yang disangka. Ada banyak aspek yang perlu diambil kira seperti memikirkan nama kedai, mendapatkan pekerja berpengalaman dan mencari lokasi strategik untuk menjalankan perusahaan. 

 

Salah satu perkara paling mustahak ialah dana yang mencukupi bagi menampung kos perbelanjaan berkaitan seperti pembelian stok dan peralatan elektronik serta membayar sewa kedai. 

 

Ramai usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melakukan kesilapan dengan mengeluarkan sejumlah besar wang pendahuluan sehingga boleh menyebabkan kerugian.

 

Saksikan paparan video ini untuk mengetahui cara mengawal serta merangka pelan perbelanjaan permulaan dengan rapi.

 

Istimewa untuk peniaga PMKS: Terokai Go Niaga, pakej perkhidmatan perbankan mudah alih yang menawarkan pelbagai manfaat kepada usahawan tempatan.

Pengeluaran bajet tanpa sebarang perancangan hanya akan menimbulkan masalah

Kawal Perbelanjaan ketika Memulakan Perniagaan

Solusi berkaitan

image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solusi

1

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas